Gelagat comel Haqiem Rusli & Anis Sofea tular, “Makkk, nak kahwin”- Lubuk Viral

Pasangan popular bagai pinang dibelah dua iaitu penyanyi, Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea seringkali menjadi tumpuan ramai peminat mereka dan apa sahaja dilakukan kedua-duanya tentu menarik perhatian.

Terbaharu pula, pasangan ini dilihat membuat live di platform, TikTok yang mencetuskan Haqiem Rusli dan isterinya juga menjadi bualan hangat warganet.

Ini kerana, gelagat Haqiem Rusli dan Anis Sofea mengundang rasa gembira buat peminat apabila kedua-duanya begitu comel meluangkan masa bersama peminat di platform, TikTok.

Mana tidaknya, sempat juga Haqiem Rusli dilihat mengusik isterinya ini. Terdahulu, isteri penyanyi popular tersebut viral kerana kecantikannya dan sering dikatakan seiras dengan pelakon dan usahawan jelita, Hanis Zalikha.

Rakaman comel mereka itu juga membuatkan ada peminat yang turut ingin kahwin. Namun begitu selain perbualan comel antara Anis Sofea dan Haqiem Rusli tular, terdapat juga rakaman nyanyian pemilik lagu Mimpi ini membuatkan peminat terpukau. Mana tidaknya, jarang sungguh penyanyi hebat ini mengecewakan peminat disaat melontarkan suara.

Menjengah ke ruangan komen, gelagat pasangan sama cantik, sama padan itu sudah pasti ditinggalkan pelbagai reaksi yang mana dihujani dengan reaksi comel apabila rata-ratanya juga tertarik mendengarkan panggilan mereka memanggil antara satu sama lain.

“Ahh comel”

Haqiem

“Comel la bahasakan diri panggil nama je”

IMG_20220807_183040

“Comelnya nak kahwin jugak”

Haqiem

“Gelabah member kena usha”

IMG_20220807_183119IMG_20220807_183131

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:HCL