Nurul Izzah Kahwin , Jawatan Suami Dia Bukan Biasa- Lubuk Viral

KUALA LUMPUR: Setelah sekian lama hidup solo, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar kini kembali bergelar isteri kepada seorang penyelidik kanan.

Menerusi laman Facebook Nurul Izzah, pernikahan itu berwalikan bapanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang semalam.

Majlis pernikahan antara Nurul Izzah, 42 dan suaminya, Yin Shao Loong, 46, hanya dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat.

Terdahulu sebuah portal melaporkan majlis pernikahan Puteri Reformasi itu diadakan di kediaman Anwar di Sungai Long, Kajang.

Menurut sumbernya, mereka telah lama berkenalan tetapi berjaya merahsiakan hubungan itu dengan hanya beberapa rakan rapat dan ahli keluarga yang mengetahuinya.

Shao Loong pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor semasa tempoh perkhidmatan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Shao Loong juga dikatakan pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Institut Pemikir Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Nurul Izzah.

Nurul Izzah pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2003 dan berpisah pada 15 Januari 2015.

Mereka dikurniakan dua orang anak, masing-masing berusia 15 tahun dan 13 tahun.

KENYATAAN MEDIA

NURUL IZZAH ANWAR DAN YIN SHAO LOONG NIKAH 5 OGOS 2022

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).

Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.

جزاك الله خيرا

Nurul Izzah Anwar & Yin Shao Loong

Kredit gambar : Pinography

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/