‘Ini Smua S4Iah Yusuf Haslam’ – Anggota Polis Berdiri Tegak di Ro4dbI0ck Lepas Nmpak Deen Maidin Nak Lalu – Lubuk Viral

Bagi penggemar cerita Melayu, drama Gerak Khas pastinya antara karya yang mendapat tempat di hati penonton.

Siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Datuk Yusof Haslam ini mula bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 5 April 1999.

Di awal kemunculan Gerak Khas, barisan pelakon asal terdiri daripada Abby Abadi, AC Mizal, A. Galak, Deen Maidin, Shaharon Anuar, Farid Amirul dan Yusof sendiri.

Dalam pada itu, rata-rata peminat drama kepolisan ini berpendapat pelakon yang beraksi dalam drama ini adalah anggota polis yang sebenar.

Tampil berkongsi cerita, pelakon Deen Maidin yang memegang watak Detektif Lingam akui dia sering dianggap sebagai pegawai sebenar badan beruniform berkenaan.

” Itu yang menjadi masalah, saya banyak kali cakap saya sebenarnya bukan anggota polis, sampaikan ketika lalu di roadblock saya nampak anggota polis berdiri tegak.

” Saya cakap bukan anggota, saya orang biasa jer.. tapi polis itu tetap cakap jangan tipu..

” Ini semua salah Yusuf Haslam sebab dia yang bawa saya ke dunia seni dengan watak ini,” katanya sambil berseloroh kepada mStar.

Menurut pelakon berusia 56 tahun ini, dia juga sudah tidak berkunjung ke Petaling Street selama hampir 20 tahun kerana risau dengan keselamatan.

” Orang cop saya polis kalau pergi mana pun, sejujurnya dekat 20 tahun tak pergi Petaling Street, risau kat situ orang ingat saya polis… masak saya.

” Saya banyak jumpa dengan anggota polis muda, mereka kata sebab Gerak Khas mereka rasa nak jadi polis dan paling menarik sebab drama ini ada pengikut yang tersendiri,” katanya.

Dalam pada itu Deen sebelum ini pernah berkongsi keadaan terkini beliau selapas bersara.

Katanya, usia bukan halangan buat pelakon berbadan tegap ini untuk terus aktif melakukan pelbagai aktiviti termasuk berniaga.

Jika sebelumnya berniaga cumalah sebagai mengisi masa bagi mencari pendapatan tambahan, Deen kini serius menceburi bidang perniagaan.

Menurut Deen. beliau membuka gerai makan dinamakan Dapur Gerak Khas yang beroperasi di Medan Selera Taman Kosas, Ampang, sejak 19 September lalu.

” Dapur Gerak Khas menyediakan yong tau foo dan pelbagai menu lain.

” Saya akan pencen tak lama lagi dan perniagaan adalah persediaan awal bagi mencari rezeki. Dah tujuh tahun lalu saya jual lemang Gerak Khas yang disukai ramai.

” Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya jual lemang dan kambing bakar.”

” Alhamdulillah, sambutan memang hangat daripada peminat dan rakan artis. Boleh dikatakan gerai ini adalah kesinambungan daripada perniagaan saya ketika PKP,” katanya.

Deen yang bekerja sebagai penyelenggara bangunan di syarikat milik sepupunya berkata, perniagaan bukanlah asing buatnya.

” Sebelum bekerja dalam industri filem, saya berniaga yong tau foo dengan bapa di pasar malam sekitar Ampang, Lembah Jaya, Cheras, Setapak dan Kajang.

” Di Dapur Gerak Khas, saya dibantu oleh tiga anak iaitu Umar Farouq, 30, Umeir Fazeel, 25, dan Umairah Fairuz, 20.

” Umar kerja di pejabat Zakat, tapi suka memasak. Umeir belajar Pentadbiran Perniagaan tapi dia berniaga shawarma, roti john dan air minuman gelas besar secara dalam talian.

” Manakala Umairah Fairuz, belajar kulinari dan dia masak kuih dan sebagainya,” katanya.

Mengulas penggunaan nama Gerak Khas untuk gerainya, Deen yang berkahwin dengan Haslina Laili dan kini mempunyai seorang cucu, Luthfia Nur Medina berkata, dia sudah mendapat keizinan daripada Datuk Yusof Haslam.

” Saya selalu berinteraksi dengan Yusof dan dia cuma pesan agar saya jaga kualiti kerana Gerak Khas besar namanya.

” Saya buat lemang pun saya bagi dia rasa terlebih dahulu. Bila dia kata sedap, barulah saya jual. Saya kena sentiasa jaga kualiti kerana sekarang orang boleh tularkan nama kita pada bila-bila masa,” katanya.

Walaupun sibuk berniaga, Deen tetap akan menerima tawaran berlakon sekiranya ada kerana lakonan sudah sebati dengan jiwanya.

Kenali Deen Maidin

Deen terkenal dengan watak lakonannya sebagai Detektif Lingam dalam drama kepolisan Gerak Khas yang disiarkan di TV2, di mana beliau juga merupakan salah seorang daripada tujuh pelakon asal drama itu sejak diperkenalkan pada 1999.

Gambar: (kiri) Bersama Datuk Yusuf Haslam, (kanan) bersama isteri

Deen Maidin dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya berasal dari KeraIa, lndia. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Ulu Kelang.

Pada awalnya Deen bermula sebagai kru penataan cahaya dengan Perfima Filem.

Dia kemudiannya membintangi filem Matinya Seorang Patriot dan menjadi pelakon tambahan filem Mekanik yang turut dibintangi oleh Yusof.

” Dari situ beliau membayangkan untuk terbitkan drama kepolisan dan tawarkan saya berlakon watak orang India dalam drama Remang-Remang Kotaraya.

” Kemudian saya berlakon watak jahat pula dan muncul dalam filem Maria Mariana 2 bersama Roy Azman. Ketika itu kami menggunakan motosikal berkuasa besar.

” Datuk Yusof kebetulan nak buat drama Roda-Roda Kuala Lumpur sebagai anggota polis. Dia tanya saya sama ada mempunyai lesen B penuh dan saya memang ada lesen yang dimaksudkan,” katanya.

Deen bagaimanapun memberitahu Yusof yang dia tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kerana mempunyai kerjaya lain dan pengarah terkenal itu bersetuju memberikan pelepasan kepadanya mengikut kelapangan.

” Selepas itu saya ditawarkan pula berlakon Gerak Khas sebagai anggota polis. Apabila jadi polis memang sukar nak dapat tawaran watak jah4t.

” Tapi saya minta juga pada Datuk Yusof untuk watak jahat dalam filem KL Gangster.

” Sebelum ini saya berlakon filem Abang Long Fadil 3.

” Saya susah nak berlakon dengan produksi lain kerana bekerja sebagai penyelenggara bangunan di syarikat milik sepupu di hospital dan pelbagai lokasi lain.” katanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.dnq.pw/