Kasihan Kylie Jenner jadian tak boleh makan ayam goreng seringgit… “Sakit rasa macam nak cabut bibir letak tepi!”

INDIVIDU yang mempunyai alah4n terhadap sesuatu keadaan, makanan ataupun ubat-ubatan sering ditemui dalam kalangan kita.

Namun, kesan terhadap al4han bergantung kepada setiap individu kerana ada juga yang terpaksa dimasukkan ke hospital berikutan al4han yang serius.

Bagaimanapun ramai juga yang hanya mengalami kesan al4han ringan seperti gatal atau bengkak pada anggota badan tertentu seperti dialami wanita ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menerusi perkongsian video di media sosial, gadis bernama Najaa Abdul Aziz, 25, menunjukkan keadaan bibirnya yang bengk4k selepas makan ayam.

Bercerita kepada mStar, Najaa berkata dia mula mengalami alah4n itu sejak beberapa tahun lalu.

“Saya boleh tahu dan sedar ada alahan ni apabila makan ayam, bibir saya mula rasa sangat gat4l. Sejak itu ayam yang trigger alahan tu saya panggil ‘forbidden chicken (ayam terlarang)’.

“Paling teruk saya pernah kena tahun 2019. Masa tu bibir saya membengk4k paling besar,” ujar Najaa.

Bagaimanapun kata Najaa yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan, ayam kampung tidak disuntik merupakan antara jenis ayam boleh dimakannya tanpa alami sebarang al4han.

Najaa memiliki alah4n terhadap ayam.

“Sebelum ni apabila makan ayam ada yang okey, ada juga yang tidak jadi saya buat eksperimen sendiri. Ternyata saya boleh makan ayam kampung yang tidak disvntik.

Kata Najaa, alah4n berkenaan menyebabkan dia hilang salah satu ‘nikmat dunia’ yang digemarinya iaitu ayam goreng.

“Selalunya saya akan mula gat4l beberapa jam selepas makan ayam proses. Apabila alergi tu datang mulalah bibir rasa berdenyut dan bengk4k macam video saya kongsikan tu.

Tak nampak pun macam Kylie Jenner tapi apabila post video tu ada orang komen beritahu muka saya ada iras dia.

NAJAA

“Apa yang tak best fasal al4han ni, selepas kesan membengk4k surut bibirnya mula menjadi kering dan pedih… ada kalanya terkoyak sikit.

“Sedih sangat apabila jadi alah4n macam ni sebab saya suka makan ayam goreng. Kalau dapat ayam RM1 lagi bahagia hidup!” selorohnya.

Tambah Najaa yang kini bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta, dia belum berjumpa dengan mana-mana pakar untuk mengetahui punca sebenar masalah alah4n ini.

Alahan Najaa menjadi semakin teruk pada 2019.

Namun, beberapa doktor yang dijumpai ketika masalah bengk4k berlaku memberitahu bahawa Najaa mempunyai alahan terhadap beberapa jenis protein yang hanya boleh diketahui melalui beberapa ujian makmal.

Berikutan perkongsian Najaa di TikTok bagi menunjukkan kesan bengk4k di bibir, ada juga netizen yang menyatakan bahawa wajahnya mirip artis antarabangsa, Kylie Jenner.

Malah, beberapa netizen turut berkongsi kisah alah4n pelik mereka di ruangan komen.

“Sejujurnya saya tak nampak pun macam Kylie Jenner tapi apabila post video tu adalah orang komen beritahu muka saya ada iras dia.

“Apabila post video tu ramai juga yang share fasal alahan makanan mereka sama dengan saya malah ada juga yang cakap alami alah4n makan kek coklat.

“Video yang viral tu saya rakam pada pagi Ahad 31 Julai baru-baru ni. MAsa tu baru balik dari Sungai Congkak di Selangor.

“Saya makan ayam hari Sabtu, jadi kesan bengk4k memang nampak macam dalam video tu lepas keesokan harinya,” ujar Najaa.

Komen :

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar