“Pic Rare Ni…”-Foto Siti Saleha & Sam Bunkface Cetus Rasa Teruja Peminat! – Lubuk Viral

Hantaran terkini pelakon jelita, Siti Saleha menerusi akaun Instagram telah mencetuskan rasa teruja peminat selepas berkongsi foto bersama abangnya yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface, Sam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Hadir Tonton Konsert Bunkface

Siti Saleha dilihat hadir memberikan sokongan terhadap konsert Bunkface: 15 Years yang diadakan pada 30 Julai baru-baru ini dan akui rasa gembira melihat kumpulan punk rock popular itu kembali beraksi.

“15 tahun @bunkfaceband Congrats brother @sambunkface @ahmadfarhan87 @youkjaafar for always putting on the best shows.

Gembira melihat mereka kembali beraksi selepas 2 tahun. Can’t wait to rock on to more!”-Tulis Siti Saleha

“Pic Rare Ni..”

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat adik dan abang ini bersama dalam sekeping foto, malah ada yang berpendapat mereka berdua serupa seperti saudara kembar.

“Pic rare ni ?? Bukan senang nak tengok kak Sally dan abangnya Sam dalam satu pic ?.”

“Sebiji sama muka..”

“Favourite betul lah Bunkface ni lagi-lagi lagu Situasi dan Revolusi.”

“Cute la this sibs.”

Komen :

 

Sekadar info, kumpulan Bunkface ditubuhkan pada tahun 2006. Kumpulan tersebut dianggotai Sam, Paan, Youk termasuk drummer asal mereka iaitu Biak cukup popular dengan lagu-lagu hit seperti Situasi serta Revolusi.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber  : Murai MY