Kongsi Ayat Sedih & ‘Unfollow’ Di Instagram, Hubungan cinta Aedy Ashraf, Amelia Henderson berakhir?

PETALING JAYA – “Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan”.

Sebelum ini, nama dua pelakon popular iaitu Amelia Henderson dan Aedy Ashraf menjadi bualan hangat di media sosial selepas tindakan Aedy melamar Amelia menjadi teman wanitanya di hadapan khalayak ramai pada sebuah acara festival makanan yang berlangsung Mac lalu.

Tak dinafikan, tindakan spontan Aedy melamar Amelia secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai status hubungan mereka malah ramai beranggapan bahawa pasangan pelakon ini sedang hangat bercinta. Namun baru-baru ini, ciapan ‘ayat sedih’ yang dimuat naik oleh pelakon kacak berusia 29 tahun itu telah menarik perhatian ramai.

Demikian status berbaur patah hati pelakon popular Aedy Ashraf dalam Twitter, sekali gus mengundang spekulasi ramai bahawa hubungan cintanya dengan kekasih hati yang juga aktres cantik, Amelia Henderson sudah berakhir.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, ciapan tersebut seakan-akan memberi gambaran bahawa hubungan percintaan pasangan kekasih itu sedang dilanda masalah atau dalam kata lain telah terputus di tengah jalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? (@ameliath)

Menerusi ciapan aedy menerusi twitter tersebut, Netizen berpendapat bahawa ayat yang ditulis Aedy seakan memberi bayangan hubungannya bersama Amelia sedang mengalami masalah. Malah para peminat turut mendakwa kemungkinan mereka kini sudah berpisah dan tidak lagi menjadi pasangan kekasih. Tidak terhenti di situ, mereka juga mend4kwa bahawa Aedy dan Amelia sudah tidak mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Ciapan tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kecewa seandainya hubungan mereka benar-benar sudah berakhir.

Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar segala yang berlaku antara mereka akan baik-baik sahaja dan dijauhkan daripada sebarang persengket4an.

Terdahulu, pada 27 Mac lalu, kecoh dalam media sosial apabila tular video memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan.

Aedy, 28 dan Amelia, 27, dikatakan mula rapat selepas digandingkan sebagai hero serta heroin dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan November tahun lalu.

Sekitar tahun 2018, Amelia mengesahkan sudah bercer4i dengan bekas suami iaitu Tunku Harunnarasheed Putra. Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tarikh dan punca percer4iannya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Twitter, Kosmo, Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*