Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon, Janna Nick yang kini semakin berjaya mencipta nama sebagai anak seni. Malah selain berlakon, dia juga bergelar sebagai seorang penyanyi, pengarah dan penerbit.
Janna Nick bagaimanapun terbaru mendapat perhatian ramai di platform TikTok setelah dia memuat naik video bersama adik perempuannya. Namun begitu, mereka juga dihujani dengan komen menyebut nama penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali sebagai Tokti.
Janna Nick melalui rakaman video pada awalnya merakam gelagat dia dan adik perempuannya yang difahamkan bakal melanjutkan pelajaran untuk menjadi doktor di Sarawak dan meminta tolong agar orang disana tengokkan adiknya itu.
Dia dan adiknya dalam rakaman pula menghasilkan video trend bersama dan kecomelan dua beradik ini mendapat perhatian ribuan warganet. Mana tidaknya, jarang sungguh Janna Nick berkongsikan tentang adiknya ini. Namun dalam pada masa sama, wajah adik perempuannya ini juga menjadi tumpuan kerana disangka Tokti.
@jannanickofficial Goodluck Dr. Nurul Balqis ! @kissyanick ♬ Left And Right (Speed Up) – kerstin⁷
Hantaran video oleh Janna Nick itu juga disertakan dengan kapsyen, “Good luck Dr. Nurul Balqis, semoga jadi doktor tanpa stress. Sarawak people tolong tengokkan eh. Kalau dia jahat please report me,” itu turut ditinggalkan pelbagai reaksi pula diruangan komen.
“Muka dia orang sama…”
“Cantik sangat dua dua”
“Lah macam…”
“Muka adik kak Janna…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: HCL