Sah! Netizen berjaya buktikan ‘Sultan Pemurah’ anak DSV. Rupanya Macam Ni Dia Boleh Kant0i- Lubuk Viral

Nama Sultan Pemurah rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Mana tidaknya, individu yang dikenali dengan sifat dermawan itu sanggup menghabiskan wang beribu ringgit untuk memberi hadiah kepada orang biasa, influencer serta artis tempatan.

Meskipun identiti Sultan Pemurah masih kekal rahsia, namun, orang ramai kuat mengatakan bahawa dia adalah anak lelaki usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Kacak selepas mendengar suaranya ketika sertai sesi live bersama pelakon dan influencer yang lain.

Apa yang lebih mengejutkan ramai, lelaki dermawan itu baru-baru ini telah memberikan hadiah ‘Singa’ kepada Kacak ketika anak usahawan itu sedang melakukan live di aplikasi TikTok, semalam.

Kacak hanya sekadar berlakon?

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Sultan Pemurah, Kacak begitu terkejut apabila dia menerima hadiah ‘Singa’ daripada Sultan pemurah ketika live bersama pengikutnya di TikTok.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mendakwa bahawa reaksi yang diberikan oleh Kacak itu selepas menerima hadiah daripada Sultan Pemurah adalah lakonan semata-mata dan Cik B, kakak kepada Kacak yang memberikan sendiri hadiah Singa tersebut.

Suara Sultan Pemurah bertukar kepada suara perempuan

Dakwaan yang dilontarkan netizen menjadi lebih kuat setelah mendengar suara Sultan Pemurah itu bertukar menjadi suara seorang perempuan yang sebelum ini suaranya adalah lelaki ketika sertai sesi live bersama influencer dan artis lain.

Bahkan, netizen memaklumkan suara perempuan itu adalah Cik B namun, Kacak telah menepis spekulasi yang diberikan oleh mereka.

Kacak tak mengaku dia adalah Sultan Pemurah

Dalam rakaman video yang lain pula, Kacak tidak mengakui dirinya adalah Sultan Pemurah dan sehingga kini, identiti Sultan Pemurah itu kekal menjadi rahsia walaupun ramai mengatakan Kacak adalah Sultan Pemurah yang dicari selama ini.

Sumber: TikTok @Sultan Pemurah, @emifazliyn, @fairuznabilah, omm

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/