[VIDEO]Netizen Terhibur Siti Nurhaliza ‘Miming’ Guna Suara Sɑjat, Sekali Iqbal Masuk Komen – Lubuk Viral

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila tampil memuat naik video menerusi akaun TikTok miliknya menggunakan suara usahawan kontrov3rsi, Nur S4jat.

Bagaimanapun, tujuan Siti menggunakan suara tersebut adalah sekadar hiburan bagi mempromosikan minuman kesihatan dibawah jenamanya.

“Jangan lupa minum beaunest setiap hari dan dapatkan manafaat terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda ye.. Jangan risau suara tak tukar punya,” tulisnya.

Video berdurasi 15 saat itu ternyata menghiburkan warganet dan pengikutnya di laman sosial berkenaan.

Bukan itu sahaja,  kelab peminat Siti sendiri iaitu Sitizoners juga sempat meninggalkan komen memaklumkan S4jat pastinya gembira apabila idolanya itu menggunakan nyanyiannya sebagai ‘miming’.

Malah, ada diantara warganet yang memuji tindakan penyanyi tersohor ini apabila memilih menggunakan suara ‘miming’ S4jat menyanyikan lagu Anggapanmu pada videonya.

Tidak  ketinggalan, penyanyi dan usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli juga sempat memberi respons di ruangan komen TikTok milik penyanyi itu.

Setakat ini, video Siti telahpun ditonton lebih 400,000 kali sejak ia dimuat naik pada Rabu.

@toktitiktok Jangan lupa minum beaunest setiap hari dan dapatkan manafaat terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda ye..Jangan risau suara tak tukar punya !!#fypツ ♬ original sound – sajjadzaman

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.xtra.com.my/