Shakilla Khoriri Makin Berani – Lubuk Viral

PERJALANAN sebagai pelakon bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu melalui proses yang panjang.

Bagi Shakilla Khoriri, proses dan perjalanan panjang itu kini mula membuahkan hasil apabila dia sudah mampu memacu karier lakonannya ke arah yang tepat.

Terbaharu, Shakilla kini memegang peranan sebagai teraju utama dalam telefilem Bukan Khadijah yang akan disiarkan di TV1, Sabtu ini.

Penat & Letih

Memegang watak utama sebagai Khadijah, Shakilla berkongsi mengenai imp4k watak serta pengalaman tatkala menjalani penggambaran untuk telefilem itu.

“Pada awalnya, saya kalau boleh nak tengok skrip terlebih dulu untuk saya lihat jalan ceritanya. Ketika membaca sinopsis penuh, saya rasa meng4h dan letih. Saya tertanya-tanya bila masa untuk watak Khadijah ini bertenang,” katanya.

Perbualan itu seterusnya membuka cerita mengenai bagaimana watak Khadijah benar-benar menc4bar kemampuannya sebagai pelakon.

“Sepanjang beberapa belas tahun saya bekerja sebagai pelak0n, belum pernah lagi saya ditawarkan untuk melakonkan watak yang begitu memen4tkan seperti Khadijah ini.

“Apa yang saya boleh katakan jika kita amati mengenai watak Khadijah dari awal sehingga akhir, dia adalah individu yang tidak ada banyak rasa kegembiraan dan bahagia dalam kehidupannya.

“Khadijah membawa pelbagai perasaan dan em0si. Itu membuatkan saya pada awalnya bercakap kepada diri sendiri bahawa saya takut and4i kata saya tidak mampu menjayakan watak ini,” katanya.

Watak Khadijah adalah wanita yang berdepan situasi di mana dia melalui permas4lahan dalam keluarga dan selepas itu melalui satu fasa di mana dia hilang ingatan akibat kemal4ngan.

“Setiap babak ada cab4rannya yang tersendiri. Antaranya saya perlu melakonkan watak sebagai seorang wanita yang hilang ingatan.

“Saya tak tahu bagaimana untuk menjadi orang yang hilang ingatan dan itu sedikit sebanyak mencabar kemampuan saya sebagai pelakon.

“Pada masa sama, dia juga adalah individu yang memiliki masa s1lam di mana dia pernah dih1na dan dihalau dari kampung atas satu sebab yang menga1bkan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Dalam telefilem arahan Nor Ashikin Zainal ini juga, Shakilla turut melakukan bab4k aks1 antaranya terjun ke dalam laut dengan keadaan tangan yang di1kat.

“Tempoh masa untuk penggambaran adalah agak singkat sebenarnya. Jadi, kami menggunakan banyak tenaga dan ia memang sangat memen4tkan.

“Walaupun penat, saya rasa saya perlu buat sebaik mungkin kerana saya mahu rakan-rakan yang bekerja bersama saya dapat hasil yang memuaskan dan berbaloi dengan penat lelah mereka,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Menurut Shakilla, perasaan gemuruh dan takut muncul saat dia dimaklumkan mengenai babak mencabar itu.

“Ketika saya diberitahu bahawa watak Khadijah akan melalui satu babak di mana dia dit0lak ke dalam laut, saya terus rasa lemas dan takvt.

“Sebelum melalui babak itu saya sempat menghubungi bekas suami dan anak saya dan selepas mendengar suara anak, saya rasa sedikit lega.

“Ketika menjalani penggambaran untuk babak itu, keadaan di dalam bot pun agak menegangkan memandangkan ada yang muntah dan lem4h kerana mabvk laut.

“Lagipun, babak itu juga memakan masa yang agak lama. Jadi, ada ketikanya kami berehat sekejap sebelum menyambung penggambaran,” katanya.

Berkongsi mengenai impak daripada telefilem yang dilakonkannya itu, Shakilla berkata, dia banyak belajar perkara baru antaranya mengenai jenis-jenis penyakit yang membabitkan psik0logi.

“Selain itu, saya juga turut terkesan dengan kisah mengenai mereka yang pernah menjadi mangs4 rog0l ataupun diperk0sa oleh orang terdekat.

“Saya berharap, kehadiran karya ini dapat memberi peng4jaran buat kita semua kerana apa yang dipaparkan sememangnya berlaku di dalam dunia nyata,” katanya.

Selain Shakilla, telefilem Bukan Khadijah turut membariskan barisan pelakon hebat antaranya Azrel Ismail, Shahronizam Noor dan Laila Nasir.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HM