“Ramai Kata Sultan Pemurah Ni Kacak Betul Ke?” – Sekali Aeril Direct Tanya Tuan Badan- Lubuk Viral

‘Sesi interview’ yang berlaku di antara pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama individu misteri yang dikenali sebagai Sultan Pemurah menerusi TikTok mencuri perhatian ramai.

Menerusi sesi berkenaan yang dimuat naik kembali oleh seorang pengguna TikTok lain, Aeril dan Wawa berbual dengan pengguna akaun @sultan_tiktok_legit itu sambil bertanya siapakah insan di sebalik gelaran tersebut.

Sambil menyatakan rasa terima kasih atas ‘gift’ yang diberikan, mereka turut bertanya dan meneka bahawa dia sebenarnya ialah anak lelaki Datuk Seri Vida iaitu Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Kacak.

“Tak nak tunjuk muka ke ramai sekarang ni satu Malaysia nak tahu siapa Sultan Pemurah yang sebenarnya. Dah viral Sultan Pemurah,” kata Aeril dan Wawa.

“Itu rahsia tak boleh bagitahu, tapi thank you sebab invite (sesi live TikTok). Thank you menceriakan hari saya Wawa dan Aeril,” kata individu terbabit.

“Tapi ramai kata Sultan Pemurah ni Kacak betul ke? Anak Datuk Vida, nama dia Kacak,” tanya Aeril selanjutnya.

“Tak tahulah… okay-okay anak Sultan dah terjaga. Sorry-sorry. Okay bye bye,” balasnya.

Terdahulu, dermawan yang dikenali sebagai Sultan Pemurah itu menjadi tular selepas dikatakan banyak memberikan hadiah mewah kepada pempengaruh khasnya di TikTok.

Disebabkan sikap pemurahnya itu, ramai yang mula mencari siapakah individu lelaki dermawan di sebalik nama Sultan Pemurah itu.

Selain Kacak, beberapa nama lain turut diteka warganet misalnya Shuib dan Aeril Zafrel sendiri.

Video sama turut dikongsikan Sultan Pemurah dan sehingga kini ia sudah pun menerima tontonan lebih 300,000 kali.

Netizen dedah identiti sebenar ‘Sultan Pemurah

Terdahulu Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi telah mengadakan sesi live bersama insan yang menyumbangkan gift besar berkenaan.

Menerusi perkongsian imhaze97 di laman TikTok, influencer itu dilihat berkali-kali mengucapkan terima kasih selain akui teruja selepas kejadian tersebut.

Lebih melucukan, ‘individu misteri’ itu sempat berseloroh telah gunakan kad kredit bapanya untuk memberikan hadiah.

Netizen dedah identiti sebenar ‘Sultan Pemurah’, rupanya..

“Dia nak sorokkan identiti dia…harap dimurahkan rezeki”

Pada masa sama, Ryan juga sempat memuji perilaku Sultan Pemurah yang enggan menunjukkan wajah sebenar semasa siaran langsung.

Difahamkan, dia tidak mahu timbulkan rasa riak dan nekad merahsiakan identitinya. Di akhir video, influencer berkenaan sempat menitipkan doa selain berharap insan tersebut dapat menegurnya apabila bertemu kelak.

“Macam kenal je suara tu bila dia gelak…murah rezeki dia sebab bagi mudah urusan orang bina masjid”

Tengok kepada pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji sifat baik yang ditunjukkan oleh ‘lelaki misteri’ itu.

Malah, ramai juga yang meneka jika dia merupakan anak kepada Dato’ Seri Vida iaitu Kacak oleh kerana suaranya hampir sama.

kredit: mh

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/