“Dia Seorang Yang Bijak & Lucu”- Sharifah Amani Bakal Ded4h Identiti Tunang Selepas Nikah – Lubuk Viral

“Insya-Allah, jika dipermudah. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan,” jawab pelakon Sharifah Amani kepada Astro Gempak selepas ditanya adakah dia bakal menamatkan status bujang pada tahun ini.

Sharifah Amani, 36, mengulas spekulasi bakal mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat selepas gambar sedang menggayakan pakaian pengantin tular.

Pelakon Sepet itu ditemui selepas tayangan perdana Astro Original series, Murder by Moonlight di GSC Mid Valley Megamall, petang Selasa.

Apabila ditanya siapakah gerangan yang menawan hatinya itu, Sharifah Amani mengambil pendekatan untuk tidak mended4hkannya sebelum mereka disatukan dengan ikatan yang sah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani)

“Kami memang tak mahu uar-uarkan, lebih lagi, dalam media sosial. Ini kerana apapun dilakukan pasti ada yang tidak kena pada mata netizen.

“Sekarang, kami tak nak cakap apa-apa. Harap-harap selepas berkahwin bolehlah saya memperkenalkannya,” ujarnya yang juga anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar.

Pun begitu menurut Sharifah Amani apa yang membuatkan hatinya tertarik kepada jejaka yang kini tunangnya itu adalah kerana kebijaksanannya.

“Apa yang boleh saya cakap dia warga negara Malaysia dan kami sudah empat tahun berkenalan. Dia juga bukan dalam kalangan industri hiburan.

“Saya memang tertarik dengannya kerana dia seorang yang bijak dan lucu,” ded4hnya.

Terdahulu, Sharifah Amani mengesahkan dirinya bertunang dengan jejaka pilihan di kediaman keluarganya melalui hantaran dalam Instagram (IG).

Menerusi hantaran yang sama, pelakon itu memuat naik foto memaparkan cincin di jari manis dan kelibat seorang lelaki dipercayai tunang di belakang tangannya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak