[VIDEO]“Rambut Perang, Kulit Macam Mat Salih”- Hampir Ded4h Wajah Bilal, Ramai Bayangkan Anak Neelofa Kacak

Selebriti popular, Nor Neelofa hampir mended4hkan wajah penuh anaknya, Muhammad Bilal dalam sebuah video.

Video yang dimuat naik ke Instagram(IG) Stories miliknya itu telah menjadi tumpuan selepas pemilik akaun peminatnya @lofa.world memuat naik kembali ke akaun IG mereka.

Dalam video itu, Bilal sedang menepuk meja dengan kedua-dua tangannya selepas dipercayai diberi makan.

“First fingger food! Habis dia penyek dengan tangan sado dia,” tulis isteri kepada PU Riz dalam video itu.

Menerusi video itu Neelofa hanya menutup wajah Bilal dengan gambar ‘sticker’ IG kecil tetapi dalam masa yang sama mended4hkan wajah ankanya lebih banyak dari biasa yang dikongsikan.

Dalam pada itu juga dalam video berkenaan jelas menampakkan rambut lembut bayinya berwarna keperangan.

Rata-rata mula memuji wajah Bilal yang dibayangkan seorang anak lelaki kacak.

“Nampak sipi-sipi pun dah handsome,” puji salah seorang pengikutnya.

“Rambut pun perang comel sangat,” kata salah seorang warga maya.

“Kulit macam mat salih,” komen salah seorang netizen.

Dengan video terbaharu itu, rata-rata turut mengatakan Neelofa seperti sudah tidak sabar menunjukkan wajah anak lelakinya.

“Macam Jayden masa kecil nampak dari tepi,” kata salah seorang warga net

“Neelofa tak sabar nak tunjuk sebenarnya,” komen salah seorang pengikutnya.

“Tak lama lagi penampakan Bilal akan muncul,” syak salah seorang netizen.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz menyatakan pendirian mereka untuk tidak mended4hkan wajah anak mereka sehingga tiba waktu yang sesuai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world)

Komen : 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*