Selamat BersaIin Anak Lelaki, Syafiqah Aina Dan Hafiz Mahamad Ded4h Nama Anak Kelahiran Kedua – Lubuk Viral

Tahniah diucapkan buat usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina yang telah pun selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka, hari ini.

Influencer dan juga usahawan terkenal, Hafiz Mahamad berkongsi berita gembira selepas isterinya Syafiqah Aina selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang juga anak keduanya. Kini mereka dah lengkap sepasang cahaya mata!

Berita gembira itu disampaikan pasangan berkenaan menerusi satu hantaran terkini di Instagram masing-masing sebentar tadi, bayi lelaki mereka telah diberi nama Rayqal Arees yang lahir dengan berat 3.59 kg.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Assalamualaikum Rayqal Arees. Semangat anak lelaki Daddy & Mummy (3.59Kg) @raisyaarisa nak tengok adik?

“Ya Allah, ramai sangat yg mendoakan. Terima Kasih

Awak sahabat sahabat saya,” tulis mereka pada ruangan kapsyen.

Perkongsian yang dibuat oleh influencer itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada pasangan muda terbabit.

KOMEN NETIZEN:

 

Untuk rekod, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017. Mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa.

Pasangan ini merupakan antara influencer yang berjaya apabila mempunyai perniagaan sendiri setelah membuka klinik kecantikan bersama.

Mereka juga antara selebriti media sosial yang kerap menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan dan memberikan vibes positif kepada warganet.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: MH/PA&MA