“Dua kali mimpi arw4h”-Tunang ded4h apa yang arw4h cakap, buat ramai s4yu- Lubuk Viral

PASIR GUDANG – Tunang kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain tidak sangka mimpinya bertemu dan bercakap dengan Allahy4rham yang memberitahu akan ‘pulang’ merupakan petanda jas4dnya yang hilang ditemukan serta disem4dikan pada Selasa.

Nurfaizah Mahadi, 25, yang bekerja sebagai kerani berkata, sudah dua kali bermimpi bertemu dengan Allahyarh4m pada awal tahun ini dalam tempoh kira-kira 10 bulan Allahy4rham menghilangkan diri.

“Saya tidak ingat tarikh kedua-dua mimpi itu tetapi dalam mimpi pertama, saya hanya sempat bertanyakan ke mana dia pergi tetapi dibalas dengan senyuman arw4h.

“Dia senyum tunjuk ke satu arah dan hilang, sebelum saya terjaga dari tidur,” katanya ketika ditemui selepas pengebvmian Muhammad Iman Aqmar di Tanah Perkvburan Islam Kampung Pasir Putih di sini pada Selasa.

Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar, 25, pernah tular dalam media sosial pada tahun lalu selepas adik Allahy4rham, Nurul Izz Anisah, 21, meminta bantuan orang ramai berkenaan kehilangan abangnya itu.

Lelaki itu bergerak dari Pasir Gudang pada jam 1.30 pagi, 29 Oktober tahun lalu ke Terengganu dengan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina. Bagaimanapun, dia selepas itu gagal dihubungi keluarga, majikan dan Nurfaizah.

Menceritakan berkenaan mimpi keduanya, Nurfaizah berkata, dia ‘berjaya’ menghubungi Allahy4rham menerusi telefon bimbitnya.

“Saya bertanya dalam mimpi itu, awak di mana? semua orang mencari awak. Arw4h cakap saya ada sini dalam 26 hari bulan (Selasa) nanti saya balik la. Saya bersyukur Iman ditemui,” katanya.

Dia melahirkan rasa syukur kerana jawapan kepada persoalan hampir 10 bulan di mana tunangnya pergi telah terjawab kerana sebelum ini sering risau keadaan Allahy4rham sejak kehilangannya 29 Oktober lalu.

“Selama hampir 10 bulan kami menunggu jawapannya, sekarang sudah terjawab di mana dia berada. Ada kuburnya, Saya rasa bersyukur sangat kerana ini jawapan yang saya tunggu, selama 10 bulan ini saya selalu fikir dia di mana. Dia makan ke atau tidak?,” katanya.

Allahyarh4m Muhammad Iman Aqmar dan Nurfaizah sepatutnya melangsungkan pernikahan ketika ulang tahun kelahiran tunangnya itu pada Disember lalu namun hajat mereka tidak kesampaian.

Perkahwinan mereka sepatutnya diadakan pada Ogos tahun lalu, namun ditangguhkan pada Disember lalu kerana Ayah Norfaizah meningg4l dunia.

KREDIT: SINAR HARIAN

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/