“Mestilah Saya Sayang Kot Dekat Dia, Tapi Tulah…,” – Rossa Sera Kongsi Perasannya – Lubuk Viral

Pempengaruh Rossalennah Natassyiah Asshafera atau mersa disapa Rossa Serra mengakui perasaan sayang terhadap Shuk Sahar tetap ada.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini akui ia tidak lebih sebagai kawan selepas ditanya sama ada dia masih sayangkan pelawak itu meski berdepan kem3lut rumah tangga sebelum ini.

“Mestilah saya sayang kot dekat dia, tapi tulah kawan sahaja macam tu. Saya tidak ada rasa lain,” katanya.

Berkongsi mengenai penerimaannya selepas ini sekiranya ada kesungguhan dari pihak sana, Sera menjawab;

“Saya tak tahu nak cakap perkara ni sebab ke depan macam mana, tak boleh jamin. Untuk satu tahun ni… tak kot. Macam tulah,” katanya lagi.

Menurut Sera lagi dia sudah memendam rasa selama hampir lima tahun.

Terdahulu, Sera ditemui pada sesi Meet & Greet yang mana dia dilantik menjadi Face of Inayah Beauty, pada Isnin.

Ditanya soal hubungan dua anaknya Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2, dengan Shuk, Sera berkata dia tidak pernah menyekat sebaliknya memberikan kebebasan.

“Anak-anak memang dengan saya. Cuma masa Hari Raya Aidilfitri tempoh hari Shuk ada pergi jumpa anak di Sabah. Hubungan anak-anak dengan Shuk saya beri kebebasan, tidak ada had.

“Memandangkan Shuk sudah menetap di Pulau Pinang, jadi setiap kali ada kerja di Kuala Lumpur dia boleh saja melawat dan berjumpa anak-anak.

“Pendek kata hubungan anak-anak dengan Shuk tidak ada mas4lah,” katanya lagi.

Diminta menjelaskan status perkahwinan mereka ketika, Sera memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Maaf, saya tak boleh jawab yang ini. Saya minta maaf,” katanya.

Terdahulu, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua anak.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: media hiburan