Harga2 handbag Fazura diselidik tarik perhatian ramai, “Beg harga rumah beb”- Lubuk Viral

Kalau sebut nama Fazura, selain bakatnya dalam bidang lakonan mahupun perniagaan tentu penampilannya juga antara disukai oleh peminat. Tampak simple namun bergaya mencetuskan Fazura antara selebriti wanita yang mendapat perhatian ramai peminat khususnya wanita. Lihat sahajalah di Instagram peribadinya, dia telah diikuti jutaan peminat.

Perkongsian terbaharu yang membabitkan selebriti jelita ini bagaimanapun telah mencuri tumpuan ribuan warganet apabila harga handbag milik Fazura diselidik yang mana video yang telah dikongsikan ini turut menerima ribuan tanda suka pengguna aplikasi TikTok.

@kulatcendawan0 Replying to @yaya.hazy Nur Fazura’s Handbag #fypシ #fyp #fypdongggggggg #masukberandaa #fazura #fazurabeauty #fazuraskincare #fazuralovers #fazurafans #fazurafattah ♬ Ive nightcore – kpop nightcore

Hantaran video dikongsikan oleh pemilik akaun, kulatcendawan0 itu ternyata membuatkan ramai meninggalkan pelbagai pandangan yang ada antaranya terkejut dan ada juga netizen yang sebaliknya.

Mana tidaknya, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga bukan calang-calang selebriti di Malaysia malah diketahui ramai sememangnya mampu untuk bergaya dengan jenama beg-beg tangan mewah tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas harga handbag Fazura itu didedahkan, ada antara peminat turut terkedu dengan harga tersebut yang disamakan dengan harga sebuah rumah.

Menerusi ruangan komen juga ramai peminat hadir mengatakan bahawa Fazura merupakan selebriti yang bukan calang-calang dan disebabkan sikapnya itu yang humble membuatkan dirinya juga semakin dikagumi.

“Ramai tak tahu Fazura ni kaya dia taraf taraf Neelofa juga. Cuma dia humble je orangnya”

Fazura

“Fazura memang level level Neelofa lah kenapa tak ramai yang tahu”

IMG_20220726_154909

“Satu handbag ja boleh beli rumah”

Fazura

“Handbag dia lagi mahal dari rumah aku”

IMG_20220726_154955

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:HCL