“Lirik baru…”- Sudah lama tak nyanyi, Asif ‘belanja’ satu lagu raih lebih 440K tontonan! – Lubuk Viral

“Tak gurau Mi,” itu antara trademark popular daripada insan istimewa dikenali sebagai Asif. Buat peminat Drama Spontan, pasti sudah cukup mengenali dengan pelakon ini yang sememangnya tak kering gusi gara-gara gelagat lucunya.

Asif atau Mohd Asyiff Suhaimi ini merupakan seorang remaja istimewa yang menghidap masalah aut1sme dan berasal dari Kelantan.

Mencipta kejutan menew4skan calon ‘senior’ apabila diumumkan pemenang kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Baru-baru ini, Asif sekali mencvri perhatian ramai apabila video yang menerusi TikTok miliknya tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kemeriahan suasana majlis perkahwinan sepupu kepada Syahmi Sazli dimana ianya juga dihadiri oleh Eda Ezrin yang menyanyikan lagu berjudul Hati Luko 2.

Apa yang menarik perhatian ialah Asif turut menyanyikan lagu tersebut, walaupun lirik yang disebut salah seperti yang dilakukan pada lagu Suara Syairku milik Harry Khalifah sebelum ini.

Video:

@asifsuhaimi02 duet nga retis sohor skali? #abeite #edaezrin #tebu #asifsuhaimi #fypシ #fyp ♬ original sound – Asifsuhaimi

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 443.7k tontonan, 25.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Asif Suhaimi.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: tiktok asifsuhaimi02