Ini Yang Dijumpai Dalam Kereta. Terjawab Akhirnya Selepas 10 Bulan, Ibu Yakin Itu Muhammad Iman- Lubuk Viral

” Saya bersyukur sangat, akhirnya Allah SWT makbulkan doa saya selama sembilan bulan untuk bertemu anak saya dalam keadaan apa pun dirinya,”

Demikian luahan Azmawati Ab Kadir, 55, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu, ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Air Biru ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Azmawati berkata, dia sudah bertolak ke Hspital Pekan, Pahang selepas menerima panggilan daripada poIis berhubung penemuan kenderaan milik anaknya, Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 pada tengah hari tadi.

Dijumpai orang awam yang lalu jalan itu

Difahamkan penemuan kenderaan itu disedari oleh orang awam yang melalui laluan tersebut sebelum memaklumkan kjadian kepada pihak berkuasa.

” Pada mulanya, ada seorang awam menghubungi saya sebab ingat berita tular di Facebook berhubung kehilangan anak sulung saya.

” Dia maklumkan nampak kereta arwh dalam sungai. Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan daripada poIis memaklumkan perkara sama kira-kira jam 1 tengah hari.

Yakin itu anaknya… ini barang dijumpai

” Saya yakin memang itu adalah anak saya, kerana jenis kereta dan nombor pendaftaran sama dengan kereta anak saya.

” Kebetulan salah seorang anggota bomba itu kawan anak, memaklumkan maklumat peribadi termasuk beg kerja, baju kerja dan kad kerja atas nama anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Penantian 9 bulan berakhir

Menurut Azmawati, penantiannya bersama keluarga selama sembilan bulan sudah berakhir.

Katanya, dia reda, lega dan bersyukur jas4d anak yang hilang sejak Oktober tahun lalu dapat ditemui.

” Saya berdoa setiap malam, supaya Allah SWT temukan kami dalam apa jua keadaan anak. Sebagai orang Islam saya tahu, anak saya milik Allah SWT.

” Walau apa bentuk sekalipun tidak mengapa, Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa saya,” katanya.

Azmawati memaklumkan anaknya sudah lebih sebulan bekerja di Terengganu ditemui selepas kenderaannya kelihatan apabila Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, Pahang sedikit surut.

Bercerita lanjut, Azmawati berkata, tepi sungai terbabit sememangnya jalan yang dilalui anaknya setiap kali pulang dari tempat kerja di Terengganu.

Katanya, sejak malam 29 Oktober tahun lalu, anaknya hilang dan tidak dapat dihubungi, dia sekeluarga mencari dan melalui jalan itu.

” Dalam tempoh sebulan selepas kehilangan anak saya, saya sekeluarga ada mencarinya di laluan ini beberapa kali tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.

” Banyak kali lalu jalan ini, kerana ini adalah jalan anak untuk pulang dari tempat kerja,” katanya yang mempunyai dua anak.

Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.

Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi pada 29 Oktober ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya.

November lalu, adik Muhammad Iman, Izz Anisaa meminta orang ramai agar sama-sama mendoakan agar abangnya kembali kepada keluarga.

” Iman baliklah. Ibu tunggu, aku tunggu, keluarga kita semua tunggu.

” Saya mohon jangan berhenti berdoa dan solat hajat untuk abang saya pulang ke pangkuan kami dengan selamat.

” Untuk pengetahuan semua, sehingga ke hari ini abang saya masih belum dijumpai sejak 29 Oktober,” katanya di laman sosial Facebook.

Sumber:hmetr0

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.asiakini.com/