Ini Biodata Penuh Siapa Sebenarnya Pembaca Berita Zalina Azman Yang Dilap0rkan Hilang- Lubuk Viral

Siapa Zalina Azman? Nama bekas personaliti TV yang sinonim dengan program terbitan TV3, Money Matters ini bukanlah asing lagi dalam lapangan dunia penyiaran di sekitar era 1990-an.

Zalina yang turut dipanggil sebagai Zal pernah menjadi rakan seangkatan kepada ikon penyiaran terkemuka tanah air yang antaranya personaliti seperti Wan Zaleha Radzi, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Ezzah Aziz, Dang Suria Zainurdin, Zakiah Anas, Datin Nor Azlina Redzuan, Aziah Jasmin Azizul Hassan, Kamaruddin Mape, Zahir Kelvin Ong Abdullah dan ramai lagi.

Lagi butiran lanjut profil beliau dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Biodata

Nama penuh: Zalina Shaharah binti Azman

Nama komersial: Zalina Azman

Umur: 58 tahun

Bangsa: Melayu

Tinggi: 158 sentimeter (cm)

Berat: 60 kilogram (kg)

Keluarga: Mikhail Norman (anak), Anzarryn (anak)

Pendidikan: Kelulusan Sarjana Kewartawanan

Kerjaya: Bekas pembaca berita, pengacara dan personaliti TV

Instagram (IG): Tiada laman sosial

Latar Belakang

1. Berkhidmat di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990.

2. Pernah memegang tanggungjawab menyampaikan berita dalam bahasa Melayu dan Inggeris, serta mengacarakan program Money Matters.

3. Pernah diberi peranan sebagai hos Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-15 dan 16 pada tahun 2000 dan 2001, digandingkan bersama dengan rakan seangkatan, Aidil Abdul Ghafar.

4. Pernah menemubual bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, selain bintang terkenal Hollywood iaitu penyanyi Beyonce dan Britney Spears.

Fakta Menarik

1. Berkulit hitam manis dan berfizikal kurus.

2. Berkahwin dengan suaminya, Datuk Anuar Adam, namun dikhabarkan sudah bercer4i.

3. Pernah diberi jolokan nama sebagai ‘hos wanita paling glamour’.

4. Pada 2002, beliau menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Kewartawanan selama setahun di London.

5. Meminati bakat pengacaraan milik hos terkenal, Ally Iskandar dan Fara Fauzana.

6. Selepas bersara daripada dunia penyiaran, Zalina pernah menghasilkan beberapa buah buku, antara judul penulisannya ialah Mystical Mangla dan V for Vintage, bermula dari tahun 2005.

7. Selepas tamat perkhidmatan di TV3, beliau dikatakan menyepikan diri dan mula menjalani kehidupan privasi.

Zalina Azman Dilaporkan Hilang

Pada 29 November 2021, lap0ran p0lis dibuat oleh anak lelaki Zalina iaitu Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan Zalina sejak November 2021.

Mikhael sebelum ini menghubungi Zalina sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bahawa datuknya telah dimasukkan ke h0spital, namun usahanya tidak berhasil.

Pada 29 November 2021, Mikhael dan bapa saudaranya melaw4t ke rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri di Sekksyen 3, Shah Alam.

Mereka mendapati kereta Zalina berada di kawasan rumah, bagaimanapun keadaan dalam kediamannya berada dalam keadaan tidak tersusun. Mereka menemui beg duit milik Zalina yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai bernilai RM600. Namun Zalina tidak dapat dikesan selepas segala usaha pencarian dijalankan.

P0lis memohon agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dapat memaklumkan segera kepada Pegawai Peny1asat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Gambar

Kredit foto: Instagram Ras Adiba Radzi & Instagram @lin_elier

Video

Sumber/ Kredit : iluminasi

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/