Selepas Sah Bergelar Isteri,Wany Hasrita Ded4h Selepas Ini Mereka Akan ‘Berjauhan’ – Lubuk Viral

Dengan dua kali lafaz, penyanyi Wany Hasrita selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, semalam, di Damansara Perdana.

Berkongsi kisah mengenai penerimaan suami terhadap kerjaya dan status dirinya sebagai seorang selebriti tanah air, Wany, 30, berkata Adib seorang lelaki yang sangat memahami.

Katanya kepada OhBulan!, suaminya itu bukan jenis ‘kaki’ media sosial malah jarang sekali mengambil tahu soal dunia hiburan.

VIDEO] Alhamdulillah! Wany Hasrita sah bergelar isteri, terima cincin berlian sebagai mas kahwin – Hiburan | mStar

Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal g0sip. Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan. Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya dan sangat baik. Dia memahami kerjaya saya dan tak kacau.

Cuma berpesan apa yang perlu dijaga, kena jaga. Pendek kata, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga diri. Dalam masa sama, dia pun tahu siapa kawan-kawan saya, sebaliknya begitu juga saya.

Tak ada isu LDR

Dalam pada itu, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah menyatakan biarpun mereka bercinta jarak jauh memandangkan Adib berada di Kuching, Sarawak namun itu langsung tidak menimbulkan masalah.

Kami okay saja ‘long distance relationship’ (LDR). Kami menjalani hubungan ini macam biasa dan tak ada isu pun.

Nak kata keluar bersama, memang jarang sekali. Sepanjang tiga tahun ini, boleh kira tak lebih 10 kali. Di IG memang tak pernah letak pun gambar dia. Yang tahu saja tahu.

Pada Jumaat malam, Wany dan Adib diraikan dalam satu majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Kedua-dua mempelai ini memilih untuk mengenakan busana hasil sentuhan pereka Altelia Amani.

Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.dnq.pw/