Lagi 3 Hari Nak Nikah, Gadis TerkiIan Bakal Suami Tak Nak Kahwin – ‘Keluarga Dia Pun Tak Tahu Pasal Majlis Ni’ – Lubuk Viral

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan perhubungan yang dibina itu kekal hingga ke jinjang pelamin. Namun berbeza pula dengan nasib mal4ng yang menimpa gadis ini apabila bakal suaminya tiba-tiba membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan.

Bakal suami tak nak kahwin

Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang gadis yang dikenali dengan nama Ain di akaun TikTok. Menurut Ain, dia dan bakal suaminya sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 24 Julai 2022 tetapi siapa sangka, lelaki itu tiba-tiba membatalkan perkahwinan sedangkan segala persiapan sudah dilakukan termasuklah baju pengantin, bayaran jurugambar, perkhidmatan jurusolek dan sebagainya.

Sebenarnya kitaorang dah buat semua borang deal dengan baba Ain sekali. The lulus akad nikah 24 Julai, kenduri pun Ain dah setup. Tiba-tiba hari ini Ude (bakal suami) cakap cancel. Ude tak nak kahwin.

Bercerita dengan lebih lanjut, Ain akui sangat terkejut kerana keluarga bakal suaminya itu langsung tidak tahu-menahu mengenai majlis perkahwinan tersebut.

Saya tanya dia, dia dah bagitahu umi ke nak nikah, dia kata sudah. Saya memang jumpa umi dia sebulan sekali, tapi tak pernah buka cerita pasal ni. Just borak kosong je. Saya risau parents dia akan tak selesa bila saya buka cerita nikah, rupanya parents dia tak tahu.

Menurut Ain lagi, sekiranya benar lelaki itu mahu membatalkan perkahwinan, dia sepatutnya memberitahu keluarga Ain terlebih awal dan bukannya dalam keadaan ‘last minute’. Ain kemudian mengambil cincin tunang seberat hampir 4gram yang dibeli sebagai ganti rugi.

Bagi Ain, kalau dan tak nak teruskan, boleh bagitahu elok-elok dan awal awal lagi. Call parents kita cakap tak boleh teruskan. Sakit masa awal tu tak sesakit time semua dan settle.

Ain memaklumkan dia dan keluarga kini reda dengan dugaan dan ketentuan yang telah tertulis buat mereka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Ain. Mereka mendoakan agar Ain diberi kebahagiaan dan dapat bertemu jodoh dengan lelaki yang ikhlas mencintai dirinya.

Penjelasan

Batal kahwin last minute

Cincin sebagai ‘ganti rugi’

Sumber: Ainqomart

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: OHBULAN