“Bukan Dari Hasil Kedai Runcit Semata”- Isteri Lan Solo Jelaskan Dari Mana Hasil Bina Banglo Baru- Lubuk Viral

Isteri kepada vokalis Lan Solo iaitu Sheila Razlan belum boleh memberikan kos sebenar kediaman baharu yang didudukinya.

Ini kerana menurut Sheila, banglo yang terletak di Puchong, Selangor itu masih lagi belum siap sepenuhnya.

Sheila berkongsi perkembangan tersebut selepas ditanya menerusi Ask Me Question di Instagram pada Ahad.

Ibu kepada empat cahaya mata ini juga turut mendoakan peminat yang selama ini turut pasang impian memiliki rumah idaman.

“Alhamdulillah. Kami dulu pun selalu berangan je. So selagi mampu kumpul duit… kumpul semaksimum mungkin. Dhuha setiap hari, kalau konsisten lagi baik,” tulisnya.

Difahamkan, Sheila sekeluarga mulai menduduki rumah berkenaan sejak sambutan Hari Raya Korban yang lalu.

Dalam pada itu, dia turut menjawab pertanyaan sama ada rumah yang dibina itu daripada hasil perniagaan runcit mereka, Solo Borneo Mart (SBM).

“Tidak! Sebab SBM kami makan gaji je. So rumah ini hasil menabung 13 tahun start dari awal kahwin. Lepas tu dari show atau kerja seni, IG review dan lain-lain.

“Ya, of course ada juga hasil dari bonus SBM yang baru berusia tiga tahun. Kami konsisten buat tiga tabung untuk apa sahaja pendapatan. Alhamdulillah menjadi,” terangnya.

Terdahulu, mereka turut menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

“Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah. Majlis Doa Selamat. Bacaan Yasin dan tahlil ringkas bersama keluarga yang dipimpin oleh Ustaz dan adik-adik dari Maahad Tahfiz Al Mawaddah, Puchong.

“Moga mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa,” tulis Lan menerusi ruangan kapsyen.

Lan Solo Masuk Rumah Baru, Netizen Puji Dekorasi Lawa! – “Besarnya, Tahniah Atas Usaha Gigihmu..”

Meninjau ke ruangan komen, rakan serta peminat rata-ratanya tumpang gembira dengan usaha Lan Solo sekeluarga sekaligus mendoakan yang baik-baik.

Menerusi laman sosial Instagram, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 37, memuat naik video ‘home tour’ menunjukkan beberapa kawasan di dalam rumahnya yang separa siap.

“Semua hasil kerja anak Melayu, nak kongsi dengan korang. Wainscoting kayu Nyatoh, grand mirror, diamond mirror, sangat puas hati!” tulis Lan di dalam hantaran tersebut.

Difahamkan Lan bersama keluarga mula memasuki kediaman baharunya itu pada sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti melahirkan ucapan tahniah pada Lan dan isteri, Sheila Hassim selepas masuk ke rumah baharu hasil usaha gigih mereka menjalankan perniagaan.

Pada masa yang sama, ramai turut memberikan pujian terhadap citarasa dekorasi kediaman terbaharu pasangan itu.

“Besarnya rumah, cantik Lan,” komen Roy Azman.

“Tahniah Lan dan Sheila. Nanti jemput tau, nak pi,” ujar Mila Jirin.

“Tahniah! Cantik sangat. You deserve it. Alhamdulillah,” puji seorang wargamaya.

“Weh terbaik! Banyak tempat boleh OOTD ni,” kata seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, tahniah Lan rezeki dari Allah di atas usaha gigihmu,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Lan membuka perniagaan kedai runcit, Solo Borneo Mart yang kini mempunyai dua cawagan iaitu di Bandar Bukit Puchong dan Ampang.

kredit: astro gempak

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/