“Lawa macam ni rugi jadi guard” – Netizen p3lik wanita ada rupa sanggup kerja pengawal keselamatan, siap kutvk tiada pendidikan

KERJAYA sebagai pengawal keselamatan sering dipandang remeh sesetengah pihak hingga ada yang tergamak meng3ji kelompok itu tanpa rasa belas kasihan.

Seperti yang dialami Siti Nurulatiqah Nawawi, bukan sahaja pernah dimaki secara berhadapan, video yang dimuat naik di media sosial turut dipenuhi kata-kata kec4man termasuk memperkecilkan tahap pendidikannya.

Bagaimanapun, setiap penghin4an yang dilemparkan itu dijadikan penguat semangat untuknya terus berkhidmat dengan cemerlang sebagai pengawal keselamatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Malah dia cekal berpegang pada pesanan bapanya agar bekerja dengan sepenuh hati demi mencari rezeki yang halal.

Ketika dihubungi mStar, ibu tunggal kepada empat cahaya mata ini memberitahu, dia mula berkhidmat sebagai pengawal keselamatan pada Januari 2021 selepas mengambil keputusan untuk tinggal bersama keluarga di Kuala Krai, Kelantan.

“Saya bercer4i pada 2020 dan kebetulan pada masa itu ayah sakit, jadi dapat peluang untuk menjaga ayah. Apabila ayah sihat, saya ke Kuala Lumpur untuk bekerja tapi akhirnya pulang semula ke kampung halaman selepas beberapa bulan.

Kerjaya berpakaian seragam menjadi pilihan.

Kerjaya berpakaian seragam menjadi pilihan.

“Bermula Januari tahun lepas, saya ditawarkan kerja sebagai pekerja pembersihan… kira-kira beberapa minggu selepas itu, permohonan untuk menjadi pengawal keselamatan di sebuah hospital di Kelantan diterima dan saya mengambil peluang tersebut kerana tawaran gaji lebih baik,” ujarnya.

Dia yang mesra dipanggil Atiqah memberitahu, sejak memulakan kerja tersebut, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi termasuk dimarahi orang awam yang datang melawat.

Bercerita lanjut, wanita berusia 30 tahun ini berkata tugas sebagai pengawal keselamatan bukanlah mudah seperti anggapan sesetengah pihak.

Ini kerana katanya, ramai yang menyangka mereka hanya duduk sahaja di ruangan pos sambil bermain telefon atau membuat TikTok.

Atiqah merupakan anak jati Kuala Krai.

Atiqah merupakan anak jati Kuala Krai.

“Memang nampak mudah seperti yang diperkatakan orang tapi sebenarnya kami juga mempunyai hari-hari yang sukar dan ia diseimbangkan melalui pertukaran shift.

“Kalau shift ringan, memang orang awam akan nampak pengawal keselamatan duduk sahaja sambil pegang telefon tapi kalau tiba pada shift sukar, kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Seperti di hospital, antara pos sukar adalah wad bersalin kerana kebanyakan pesakit terdiri daripada orang asli. Segelintir masyarakat orang asli akan melarikan diri kerana bosan tinggal di wad dan mereka juga sangat agresif.

Kami akan bekerja setiap hari dan setiap shift adalah selama 12 jam. Bagi pertukaran shift iaitu selepas tempoh tiga hari pula, kami perlu bertugas selama 18 jam.

ATIQAH

“Kami juga perlu berhadapan dengan kerenah orang awam yang tidak memahami prosedur operasi standard hospital seperti situasi selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang memerlukan orang ramai membuat ujian C0v!d.19 terlebih dahulu sebelum memasuki premis,” jelasnya.

Selain itu, kerjaya sebagai pengawal keselamatan juga tidak mempunyai cuti atau rest day seperti pekerjaan yang lain.

“Kami akan bekerja setiap hari dan setiap shift adalah selama 12 jam. Bagi pertukaran shift iaitu selepas tempoh tiga hari pula, kami perlu bertugas selama 18 jam.

“Memang tiada masa bersama anak-anak tapi disebabkan minat pada pakaian seragam, saya teruskan juga dan kini sudah hampir dua tahun berkhidmat,” ujarnya yang turut bersyukur kerana ibu dan bapanya dapat membantu menjaga anak-anak semasa dia bekerja.

Bercerita tentang kehidupannya sebelum kembali tinggal bersama ibu dan bapa, Atiqah berkata dia pernah membuka kedai makan di samping berniaga di kantin kilang.

“Pada masa tu, saya mempunyai dua orang pekerja… tapi kesian anak-anak sebab terpaksa bawa mereka bersama ketika berniaga.

“Jadi saya tidak mahu terus berniaga apabila pulang ke kampung dan memilih kerjaya sekarang,” imbasnya lagi.

Terdahulu, video perkongsiannya di aplikasi TikTok ditonton lebih 448,000 pelayar.

Ia susulan Atiqah membalas komentar seorang warganet yang memperlekehkan tahap pendidikan dengan menyatakan ‘maybe dia tiada kelulusan tinggi, sebab tu kerja guard’.

Atiqah bersama keempat-empat anaknya.

Atiqah bersama keempat-empat anaknya.

Malah ada juga yang meninggalkan komen dengan mempertikaikan pilihan kerjayanya sebagai pengawal keselamatan.

“Lawa macam ni rugi jadi guard. Awak cantik ada rupa, patut cari kerja lain yang lebih sesuai,” kata netizen.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan menyokongnya.

“Relaks sis biar mereka berkata-kata sebab susah nak dapat kerja sekarang… ada PhD pun kerja kilang. Janji halal dan bahagia.

“Abaikan mulut orang… janji awak bahagia dengan cara tersendiri.

“Jangan mengalah… saya ijazah keluaran UKM tahun 2009. Pernah kerja kerajaan enam tahun, tamat kontrak LG… sekarang dah lima tahun kerja pengawal keselamatan,” ujar beberapa netizen.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar