Enggan Buat IVF, Nabila Huda Reda Belum Dapat Tambah Anak – “Mungkin Allah Lebih Tahu..” – Lubuk Viral

Aktres Nabila Huda enggan melakukan kaedah Persenyawaan in Vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat meskipun sudah tujuh tahun berkahwin dengan suami Mohd.

Izwan Johar. Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 38, dia dan suami masing-masing sudah berusaha melakukan pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh doktor untuk memiliki cahaya mata.

“Alhamdulillah masing-masing sihat. Doktor kata tiada masalah kesihatan. Cuma belum ada rezeki lagi. “Saya sudah berkahwin (buat kali kedua) selama tujuh tahun.

Siapa yang tidak mahukan anak? Anak sulung saya, Keisha Laila pun sudah besar.

“Kalau boleh setiap tahun saya mahu dapat zuriat sebab nak anak ramai,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Frutti Tutti di Momo’s Hotel, di ibu kota.

Pada masa yang sama, Nabila memaklumkan dia mengikuti saranan suaminya yang tidak menyarankan untuk dia melakukan prosedur IVF memandangkan ia satu raw4tan yang meny4kitkan.

“Saya tidak mahu buat IVF sebab saya pernah hamil sebelum ini. Maknanya saya tiada masalah. Lagipun suami kata tak payah sebab sakit.

“Dia tidak mahu lihat saya menanggung kes4kitan. Lagipun saya sibuk bekerja. Lainlah kalau saya suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Jelas pelakon filem Munafik ini lagi, dia memilih untuk positif dan reda apabila sehingga kini belum diberikan rezeki untuk menambah bilangan cahaya mata seperti yang diharapkan.

“Mungkin Allah lebih tahu bila waktu yang tepat untuk saya dikurniakan anak. “Siapa tahu entah-entah tahun depan saya hamil dan bersalin setiap tahun sampai tiada masa berlakon,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Nabila pernah hamil sebanyak dua kali, namun mengalami kegugvran pada April 2019 dan Oktober 2020.

Nabila juga berpendapat kesukarannya untuk hamil mungkin disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami kegugvran sebelum ini.

Sekadar info, Nabila dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 12 tahun hasil perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : https://gempak.com/