“Mungkin kerana inai ini Neelofa yg hasilkan, sebab itu jadi…” Ustazah Asma komen isu inai yang sedang vir4l sekarang- Lubuk Viral

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu kualiti inai jenama Nunha milik selebriti popular, Neelofa.

Rata-ratanya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan-akan leb4m seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain. Malah, ada segelintir pihak mendakwa kononnya produk inai selebriti itu tidak mesra wuduk kerana tidak menyerap air.

Tampil bersuara mengenai isu tersebut di Insta Story, Neelofa menegaskan inainya tidak menggunakan pewarna makanan tiruan sebaliknya menggunakan bahan semula jadi.

“Ramai yang nak saya jelaskan isu berkaitan tidak sah solat. Semasa proses persampelan, perkara pertama saya pentingkan ialah tiada pewarna makanan. Ramai jenama lain yang p3rli kami guna pewarna makanan.

“Ini bukan seperti inai lain tetapi telah ditambah pewarna makanan. Kami tidak letak pewarna makanan langsung, saya sangat anti perkara tersebut. Kami gunakan bahan-bahan semulajadi,” katanya.

Isteri kepada PU Riz itu juga berkata dia tidak memandang ringan mengenai isu penyerapan inai kerana enggan menanggung d0sa mereka yang menggunakan inai keluarannya itu.

“Saya pun tak tahu kenapa kecoh sebab sebelum ini ramai jenama lain sudah dijual yang tidak sah solat.Namun mungkin kerana inai ini Neelofa yang hasilkan, sebab itu jadi isu.

“Nak buat yang tidak sah solat? D0sa sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi nak tanggung d0sa berjuta orang di luar sana. Saya pun buat benda ini sangat berhati-hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa memaklumkan akan mengadakan satu majlis dalam masa terdekat serta menjemput pakar di dalam bidang tersebut untuk memberi penjelasan lanjut.

“Kami akan menjemput pakar yang mahir berkaitan bidang ini untuk jelaskan kepada wakil pengedar dan media di sebuah majlis dalam masa terdekat. Harap selepas majlis nanti akan dapat selesaikan isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, penceramah bebas di kenali sebagai Ustzah Asma tampil memberi pencerahan mengenai isu pemakaian inai dari segi hukvm

“Alhamdulillah.. setelah selesai manasik Haji, saya mula buka FB. Kemudian nampak banyak juga perbincangan tentang INAI. Saya belum ada niat nak sentuh apatahlagi nak kupas, namun tiba-tiba ternampak posting yang viral, termasuk yang di print screen dan disebarkan, rupanya ada nama saya . Jadi perlu jernihkan kekeruhan.

“Begini ya, saya tidak pernah menyebut secara khusus mana-mana jenama inai (banyak sangat jenama), apa yang disebut adalah secara umum sebelum viral jualan dan pemakaian inai seperti hari ini. Seeloknya kita ambil langkah berhati-hati, tunggu kenyataan rasmi. Bimbang yang disebarkan adalah tidak tepat, boleh jatuh fitn4h. Dan jika benar, maka tindakan segera pihak-pihak perlu dibuat.

“Semoga pemilik semua produk inai, semua, bukan hanya yang viral sahaja, perlu buat pengesahan dan pembuktian agar penjual dan pengguna rasa tenang, was-was akan meragut ketenangan walaupun belum ada bukti jelas. Moga semua pihak boleh mengawal emosi dan menjaga adab dalam menuliskan apa-apa komentar .

Ada hikmah apa yang berlaku, ia menunjukkan tahap keperihatinan muslimah kita berada di tahap yang baik, secara tidak langsung semua peniaga Inai juga berhati-hati. Semoga ada pencerahan segera

Jemput baca penjelasan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang dibawah

Assalamualaikum wbt pihak SS Datuk Mufti dan pasukan kerja, maaf mengganggu.

Sebelum ini saya pernah menanyakan soalan yang sama, cuma maklumatnya kurang lengkap. Insya Allah kali ini saya sudah mendapat maklumat yang lebih terperinci daripada pihak founder.

[Situasi]:

Pada malam raya, saya telah memakai inai celup, yang kini viral dan menjadi pilihan wanita kerana sifatnya yang mudah dan segera. Waktu saya memakai inai celup tersebut, saya dalam keadaan h4id. Saya juga memahami konsep inai celup yang cepat merah, dan cepat luntur juga warnanya, lebih-lebih lagi bila kita kerap bermain dengan air dan sabun.

Kemudian,selepas 2-3 hari, saya perasan bahawa apabila jari saya kena air dan sabun, warna inai luntur, tapi dalam bentuk lapisan warna. Ya, saya yakin inai ini membentuk coating layer pada jari saya, sekaligus menghalang air sampai ke kulit saya. Namun, coating layer ini hanya terbentuk pada kawasan jari sahaja. Di kawasan kuku, warnanya nampak sekata dan tidak tertanggal seperti yang berlaku di kulit jari. Ini menambahkan kemusykilan saya, adakah inai celup ini kalis air atau tidak.

Wa’alaikumussalam.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah

Baginda SAW hingga ke hari Kiam4t.

Hiasan kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syarak akan tetapi ia mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syarak secara jelas berkaitan dengan hukvm berhias bagi wanita.

Umumnya, hukvm asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hvkumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagi mana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukvm asal tersebut. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, jilid 3, hlm. 89-90]

Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha:

أَوْمَتِ امْرَأَةٌ مِنْ وَرَاءِ سِتْرٍ بِيَدِهَا كِتَابٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَبَضَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَدَهُ فَقَالَ: ‏ مَا أَدْرِي أَيَدُ رَجُلٍ أَمْ يَدُ امْرَأَةٍ‏.‏ قَالَتْ بَلِ امْرَأَةٌ‏.‏ قَالَ: لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ.‏ يَعْنِي بِالْحِنَّاءِ.

Maksudnya: Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata: “Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?” Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”. Lalu Baginda SAW berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”.

(Riwayat Abu Daud, 4166)

( Namun perbincangan lanjut tentang hukvm wanita dan lelaki memakai inai boleh rujuk – http://mufti.perak.gov.my/…/artik…/517-pemakaian-inai…

Wanita di zaman Nabi SAW berurusan disebalik tabir sehingga ada keperluan untuk membezakan. Juga kebanyakan berada di rumah kecuali ada keperluan, dan memakai hijab yang tidak menampakkan perhiasan ) – tambahan saya UAH.

Hukvm Inai Yang Diragui;

Adakah pemakaian inai boleh menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib?

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis berasal daripada perkataan Arab iaitu “Henna” yang bermaksud ub4t. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru; inai ialah sejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya digunakan sebagai bahan pemerah kuku dan jari serta rambut). Namun begitu, dewasa ini kebanyakan pengeluar produk inai menggunakan bahan campuran dalam menghasilkan produk inai dan didatangkan dalam pelbagai jenis misalnya inai picit, inai celup dan lain-lain. Sebahagian pengeluar produk inai mengiktiraf bahawa produk mereka merupakan produk yang halal.

Walau bagaimanapun, harus difahami bahawa status kehalalan sesuatu produk itu bergantung kepada ramuan yang terkandung di dalamnya. Ia mestilah bersumberkan bahan-bahan halal, bebas kimia, bebas lemak khinzir dan bebas daripada bahan-bahan lain yang tidak halal menurut neraca hukvm syarak. Adapun untuk menentukan pemakaian inai ini boleh dibawa solat atau dihukvmkan sah ibadahnya, ia perlu dirujuk kepada jenis inai yang digunakan, sama ada ia bersifat kalis atau telap kepada air.

Imam al-Nawawi dalam kitabnya, al-Majmu’ berkata: “Apabila adanya di atas sebahagian anggota lilin atau tepung atau inai dan seumpama dengannya yang mana ia menghalang ke anggota, maka tidak sah taharahnya, sama ada banyak atau sedikit. Jika berbaki di atas tangan dan selainnya kesan inai dan warnanya tanpa ‘ainnya (zatnya) atau kesan lemak cair yang mana air akan menyentuhi kulit anggota dan air juga mengalir di atasnya akan tetapi ia tidak melekat (iaitu air tidak melekat pada kesan minyak di atas tangan), maka sah taharahnya. [Lihat: al-Majmu’ jilid 1, hlm. 467]

Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi dalam fatwanya berkaitan hukvm menghilangkan cat di kuku ketika berwuduk, beliau ditanya: “Adakah wajib bagi saya menghilangkan cat kuku ketika berwuduk?

Maka Syeikh menjawab: “Ya! Sesungguhnya engkau telah pun mengatakan ia adalah cat yang menghalang air daripada sampai ke kulit maka wajib engkau menghilangkan ketika mengangkat hadas kecil atau besar. [Lihat: Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah, hlm. 198]

Berbalik kepada persoalan yang diajukan berkaitan produk inai celup, iaitu pada menentukan kekalisan atau ketelapan air. Dalam hal ini hendaklah terlebih dahulu dilakukan ujian ke atas produk tersebut. Namun begitu adalah disarankan jika sekiranya masih lagi wujud keraguan pada status kekalisan air pada produk tersebut adalah lebih baik dirujuk secara langsung kepada pihak Halal JAKIM.

Walau bagaimanapun, bersandarkan kepada perbincangan dan hujahan di atas, dapat disimpulkan; sekiranya diyakini bahawa setelah pemakaian produk inai yang dimaksudkan dan ia masih meninggalkan kesan berserta zatnya (selaput) pada mana-mana anggota wuduk dan mandi wajib khususnya kuku, maka dapatlah difahami bahawa sifat produk tersebut adalah kalis air. Iaitu ia menyebabkan air tidak dapat menyentuh atau menghalangi air daripada sampai kepada anggota yang wajib dibasuh. Justeru, tidak sah taharahnya sama ada wuduk atau mandi wajib.

Status Ibadah Yang Dilakukan Setelah Penggunaan Inai Kalis Air

Umat Islam perlu memahami terlebih dahulu bahawa suci daripada hadas kecil dan besar merupakan syarat sah solat. Wuduk dan mandi wajib yang tidak sempurna akan menyebabkan solat tidak sah.

Antara buktinya Allah SWT telah mensyariatkan hukvm bersuci seperti wuduk dan mandi wajib bagi mereka yang berhadas kecil dan besar untuk membolehkan seseorang itu melaksanakan sebahagian ibadah seperti solat dan membaca al-Quran. [Lihat: Syarah al-Yaqut al-Nafis hlm. 67]

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu meliputi siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

Allah SWT juga berfirman:

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا

Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.

[Surah al-Maidah: 6]

Antara rukun-rukun wuduk yang wajib dipatuhi ialah membasuh kedua belah tangan meliputi siku. Termasuk perkara penting yang perlu diberi perhatian bagi mendapatkan basuhan yang sah dan sempurna ialah memastikan tiada sebarang objek atau bahan yang boleh menghalang air untuk sampai ke seluruh bahagian kulit tangan termasuk celah-celah jari dan kuku.

Justeru bagaimana pula status ibadah yang dilakukan setelah memakai inai yang sifatnya kalis air?

Kami berpendapat bahawa, jika sememangnya inai tersebut sifatnya kalis air dan masih berbaki zatnya walaupun setelah dilakukan usaha yang sepatutnya untuk menghilangkannya, maka anggota itu pada asasnya dikira sebagai terhalang daripada sampai air. Oleh itu tidak sah wuduk dan mandi wajib yang dilakukan pada ketika itu.

Sehubungan dengan itu juga, tidak sah segala ibadat yang ada kaitan dengan taharah seperti solat yang telah dilakukan sebelum ini. Ini adalah kerana antara syarat sah solat ialah bergantung kepada sahnya wuduk dan mandi wajib. Justeru, pemakai yang terlibat wajib untuk mengqada solat-solat yang telah didirikan selama inai tersebut masih berada di kuku si pemakai.

Hal ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Amr R.A berkata:

رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ

Maksudnya: “Kami pulang bersama-sama Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah. Apabila kami sampai ke kawasan air di pertengahan jalan, sekumpulan orang bergegas untuk bersolat Asar. Lalu mereka berwuduk secara tergesa-gesa. Kami pun menghampiri mereka dan dapati buku lali mereka tidak dibasahi air. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Celakalah buku lali mereka disebabkan oleh neraka! Oleh itu, berwuduklah kamu dengan sempurna.”

[Riwayat al-Bukhari 161 dan Muslim 241]

Hadis seterusnya:

أَنَّ رَجُلاً تَوَضَّأَ فَتَرَكَ مَوْضِعَ ظُفُرٍ عَلَى قَدَمِهِ فَأَبْصَرَهُ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ارْجِعْ فَأَحْسِنْ وُضُوءَكَ فَرَجَعَ ثُمَّ صَلَّى

Maksudnya: “Seorang lelaki berwuduk dan telah tertinggal basuhan pada kuku kakinya yang dilihat oleh Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda: Ulanglah semula dan berwuduklah dengan sempurna. Lalu dia terus mengulanginya dengan sempurna dan bersolat.”

[Riwayat Muslim 243]

Tuntasnya, kami menyarankan kepada semua pihak yang terlibat dalam isu ini agar berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu produk yang ingin digunakan. Sekiranya produk tersebut diragui kesuciannya, menyebabkan syubhah dan khususnya membawa kepada terjejasnya hal ehwal ibadat, maka adalah lebih selamat untuk meninggalkannya. Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir r.a beliau berkata, Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang har4m itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang dihar4mkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan ternakannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah SWT adalah apa yang Dia har4mkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh: ketahuilah bahawa dia adalah hati”.

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin.

Wallahu’aklam.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Rujukan :http://ekemusykilan.penang.gov.my/bank_detail.php?id=743

Asma’ binti Harun