“Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arw4h Papa” 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey – Lubuk Viral

“Kita perlu jadi kawan dengan anak-anak. Turunkan eg0, cuba luangkan masa dengar apa anak nak bercerita..” Ini tip dikongsikan personaliti TV, radio, pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham.

Bapa kepada empat cahaya mata ini menganggap keluarga adalah nombor 1. Tanpa adanya isteri dan anak-anak, kejayaan seorang lelaki tak akan bermakna.

Berkongsi perasaannya sebagai daddy, Issey tidak menyangka rezekinya dapat menjaga tiga anak yatim yang kini menjadi anak tiri.

“Ini adalah amanah Allah untuk saya. Saya tahu bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab ini. Tak dinafikan, awal-awal saya berkahwin dengan Aimi Jamel, anak-anak Aimi agak kekok dan malu-malu kerana mereka dah besar.

“Disebabkan itulah, saya cuba untuk cipta satu bonding dengan mereka iaitu selalu berkomunikasi dan ambil tahu perkembangan mereka setiap masa. Dari situ, sehari ke sehari hubungan kami makin baik dan kin masing-masing manja dengan saya,” kongsinya dalam Pa&Ma Gala 2022.

Tambah Issey, walaupun dalam sehari tidak dapat meluangkan masa yang lama dengan anak-anak dan isteri, seboleh upaya dia akan cvri sekejap masa waktu malam sebelum semua lelapkan mata.

“Jika saya tiada shooting atau apa-apa program malam, saya akan pastikan Maghrib mesti dah ada di rumah. Waktu inilah dapat makan sekeluarga, tengok anak-anak buat kerja sekolah dan menonton TV bersama, ” katanya.

Penerima Best Papa Millenial 2022 in juga turut berkongsi tip rumah tangga, bilik tidur adalah tempt perbincangan utama bai pasangan suami isteri. Sebagai pasangan biliklah tempt untuk berbincang apa saja tapa anak-anak dengar.

“Saya anggap bilik tidur zon ser1us suami isteri. Jadi apa sahaja permasalahan perlu diselesaikan bersama. Jika baik komunikasinya, insyaAllah eloklah semuanya.

“Macam saya, walaupun seorang pelawak, tapi dengan Aimi tak boleh bergurau semb4rangan. Dia seorang yang sens1tif. Jadi kena tengok pada situasi juga. Tapi dengan anak-anak, elemen lawak menjadi keutamaan sebab in yang boleh merapatkan hubungan kami, ujarnya.

Bercerita mengenai perjuangan melihat isteri bersalin aak sulungnya, Faaeq Fathian, Issey menjelaskan j4tuh air mata jantan tengok perjuangan isteri bers4lin.

“Waktu ini memang rasa seb4k sangat. Baru tahu kuatnya seorang ibu untuk melahirkan zuriatnya. Saat doktor suruh untuk mem0tong tali pusat bayi, tak disangka-sangka besarnya anugerah Allah untuk saya.

“Jadi saya dah janji dengan Aimi sesibuk mana pun, dalam doa sentiasa ada nama mereka. Daddy nak minta maaf kalau daddy tak sehebat arw4h papa,” akhirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Issey Fazlisham (@isseyfazlisham)

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : pama