Ini 6 Kanak2 Tercantik Di Dunia! Sekarang Penampilan Mereka Bila Dah Dewasa Raih Perhatian Netizen – Lubuk Viral

Thylane Blondeau, Kristina Pimenova dan Mackenzie Foy adalah diantara beberapa nama yang pernah disebut sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia. Kecantikan mereka memang sudah terbukti sejak mereka kecil lagi. Beberapa di antara mereka ini juga telah menjadi model cilik dan telah menandatangi kontrak untuk beberapa jenama yang terkenal.

Mesti ramai yang ingin tahu, bagaimana penampilan terkini mereka bukan? Adakah mereka masih meneruskan kerjaya sebagai model atau sudah beralih ke bidang yang lain? Atau adakah mereka sudah meningkat remaja dan kecantikan mereka semakin menyerlah dan jelita?

Jom kita tengok penampilan terkini mereka!

Thylane Blondeau

via instagram

Nama pertama dan antara yang paling popular adalah Thylane Blondeau. Pada usianya 6 tahun lagi, nama Blondeau sudah sering disebut-sebut dan menjadi perbincangan hangat di internet dan dia digelar sebagai gadis paling cantik di dunia.

Blondeau merupakan anak perempuan kepada pemain bola sepak Perancis, Patrick Blondeau dan Veronica Loubry yang bekerja sebagai penyampai tv. Blondeau juga pernah menjadi model untuk jenama Dolce & Gabbana, Babylos dan Loreal sejak berusia 4 tahun lagi. Kini usianya sudah mencecah 20 tahun dan masih memiliki kecantikan yang sangat unik. Blondeau juga pernah dinobatkan sebagai gadis paling cantik di dunia pada tahun 2018. Di samping itu, Blondeau juga telah melancarkan barisan pakaian berjenama Heaven May.

Kristina Pimenova

via instagram

Si cantik manis Kristina Pimenova sering digelar supermodel dan merupakan salah seorang gadis tercantik di dunia sejak berusia 9 tahun lagi. Pada usia beliau 10 tahun, gadis Rusia ini telahpun menandatangani kontrak dengan model agensi yang terkenal iaitu LA Models dan New York Models. Kristina dan ibunya yang juga merupakan seorang model, telah berpindah ke Los Angeles demi untuk meneruskan kerjaya model mereka.

Kini gadis yang dilahirkan pada 27 Disember 2005 telah berusia 15 tahun. Beliau juga pernah memenangi pingat emas dalam kejuaraan acara sukan gimnastik. Namun, impian kerjaya gadis cantik ini adalah ingin menjadi seorang pelakon dan pengarah.

Mackenzie Foy

via instagram

Mackenzie Christine Foy merupakan seorang kanak-kanak yang sering menjadi sebutan sejak pertama kali beliau bermain Renesmee. Foy adalah anak perempuan Bella Swan dan Edward Cullen dalam Twilight; Breaking Dawn Part I & II. Kecantikannya yang tersendiri dan wajahnya bak sebuah lukisan telah menjadikan gadis ini juga antara gadis paling cantik di dunia.

Foy merupakan seorang pelakon yang dilahirkan di Los Angeles pada 10 November 2000. Kini usianya sudah 20 tahun. Tidak seperti Blodeau dan Pimenova, ibu bapa Foy sama sekali mempunyai latar belakang dalam dunia hiburan. Ayah Foy adalah seorang pemandu lori, manakala ibunya hanyalah seorang suri rumah biasa. Pada usia 19 tahun, Mackenzie Foy telah menjadi semakin terkenal apabila beliau telah muncul di The Nutcracker and The Four Realms dan Black Beauty bersama Kate Winslet.

Laneya Grace

via instagram

Rupa paras dan kecantikan yang begitu klasik dengan sepasang bola mata yang berwarna kuning terang. Inilah yang menjadi tarikan utama Laneya Grace sejak beliau masih kecil lagi. Jadi, tidak hairanlah jika dia juga adalah antara gadis yang paling cantik di dunia.

Gadis kelahiran California ini yang kini telah berusia 17 tahun telah memulakan kerjayanya sebagai model pada usia 3 tahun lagi. Dia juga telah menjadi model untuk klip video Avicii’s Wake me Up dan pernah membintangi iklan untuk Guess and Maleficent Toys.

Kembar Naomi Lang – Lisa Lang

via instagram

Ketika mereka masih kecil, Naomi dan Lisa telah dikatakan sebagai kembar yang paling cantik di dunia. Mereka adalah sepasang kembar yang berdarah campuran kerana ayah mereka yang berketurunan Amerika sementara ibu mereka pula berbangsa Korea.

Naomi dan Lisa begitu fasih berbahasa Amerika dan Korea dan mereka berdua merupakan selebriti internet kerana kecantikan mereka yang sangat luar biasa. Sekarang mereka telah dewasa dan masih kekal dengan kejelitaan yang mereka miliki.

Sumber : murai.my

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :  https://bartasangbad.site/