“Yanch pun yanch la,” – Gelagat Jebat Jayden ‘speaking’ buat ramai terhibur – Lubuk Viral

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengvsik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di tiktok noornabila00.

Berdasarkan video yang tular di laman tiktok itu, Jebat Jayden dilihat sedang berada di dalam sebuah kereta, dan memberitahu sesuatu kepada ibunya.

Apa yang mencvri perhatian ialah celoteh Jebat Jayden yang petah bercakap, serta menyebut beberapa perkatan Bahasa Inggeris walaupun masih bergelar seorang kanak-kanak.

“Bekfes = breakfast , yoti = roti , yanch = lunch …. Faham ke idokkk??? Hahahha,” tulis noornabila00 di ruangan kapsyen.

Video:

@noornabila00 Bekfes = breakfast , yoti = roti , yanch = lunch …. Faham ke idokkk??? Hahahha #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp #fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound – Noor Nabila

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 853.3k tontonan, 67.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: tiktok noornabila00