“Saya isteri pertama selamanya…” – Peny0nd0l g4nggu rumah tangga, sekali Amyza Aznan ded4h rahsia yang selama ini disimpan- Lubuk Viral

TAHUN lalu pelakon Amyza Aznan pernah memberi gambaran tentang rumah tangganya yang berantakan namun tidak pernah mended4hkan kem3lut sebenar melanda perkahwinannya dengan suami, Khairil Idzhar.

Malah Amyza, 46, sempat menyangkal segala dakw4an tentang isu berkenaan dengan memberitahu perkahwinannya berada dalam keadaan baik dan bahagia.

Pun begitu, aktres itu akhirnya membuka mulut soal rumah tangganya dan mengakui pernah berhadapan kemelvt akibat kehadiran orang ketiga yang menganggu gugat keharmonian perkahwinannya.

Amyza

Amyza tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi dirinya sendiri.

“Biasalah lelaki ini, ada masanya nak4l sikit. Kalau kita terlampau kawal mungkin dia boleh bertindak begitu.

“Tetapi rumah tangga saya sekarang Alhamdulillah bahagia. Saya isteri pertama selamanya! Apabila dia datang semula kepada kita dan berjanji nak betulkan keadaan saya terima,” katanya kepada mStar.

Amyza ditemui ketika majlis pelancaran drama Penanggal Mak Kiah di Putrajaya pada Khamis.

erinsakura-e5f47367e8bb8c5a2af3ac90700c370d

Amyza, suami bersama tiga anak mereka.

Tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak atas masalah mel4nda perkahwinannya, Amyza sebaliknya melihat kekurangan diri sendiri yang mungkin menjadi punca suami mempunyai hubungan lain.

“Bertepuk sebelah tangan memang tidak berbunyi. Tapi saya lihat perkara ini berpunca daripada saya sendiri kerana tidak menjadi seorang isteri yang sempurna.

“Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah mar4h,” jelasnya.

Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah mar4h.

AMYZA AZNAN

PELAKON

Berkongsi pandangan tentang ‘penyond0l’ yang hangat diperkatakan ketika ini, Amyza menasihati agar mana-mana pasangan berkahwin sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga.

“Kalau sayangkan hubungan, perbaiki segala kesalahan dan bukan mencari kesalahan. Kalau tak boleh juga, tepuk dada tanyalah selera,” katanya.

Untuk rekod, Amyza berkahwin dengan Khairil pada 2004 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

Sumber : mStar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/