‘Saya sudah penat’ – Syamsul Yusof Mengakui Dia Sentiasa Takvt- Lubuk Viral

Kuala Lumpur: Pengarah filem berkaliber, Syamsul Yusof mengakui dia sentiasa takut dengan setiap kejayaan dikecapinya dan selalu berharap apa yang Allah berikan itu dirahmati dan berkat.

Syamsul, 38, ditemui berkata dia tahu mengenai ‘Istidraj’ yang diperkatakan segelintir pihak kepadanya dan sedar mengenai perkara itu. Katanya, apa yang pasti dia sentiasa bersyukur dengan segala rezeki diperolehnya.

“Kita bukan Tuhan. ‘Don’t take a religion in the wrong way’. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musvh, kata Allah lakn4t. Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.

“Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.

“Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem Mun4fik 2 dulu berjaya, saya takut. Ini pula, Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah,” katanya kepada Harian Metro.

Mengakui pelbagai komen diterimanya berkaitan kejayaan dinikmati, disusuli kemelvt rumah tangga juga, Syamsul tidak menafikan dia sebenarnya sudah penat dengan semua ini. Katanya, dia hanya mampu reda.

“Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, ‘ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas.

“Apabila dah laku (Mat Kilau), ‘istidraj’. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga,” katanya akur dengan proses kehidupan dilalui kini.

Berikutan pelbagai isu peribadi Syamsul yang hangat diperkatakan kini, termasuk kejayaan besarnya dalam karier seni, kebanyakan netizen yang mengikuti rentetan kisah berlaku meninggalkan bermacam komen.

“Saya Masih Single” – Ira Kazar Perjelas Status Diri

Anak kepada pelakon vateran, Ira Kazar akhirnya menjelaskan status dirinya yang menjadi tanda tanya netizen.

Menerusi video pendek yang dikongsi di ruangan IG Story miliknya, Ira mengakui dirinya masih bujang.

“By the way saya masih lagi single,” katanya ringkas seolah-olah berbisik.

Video tersebut dimuat naik Ira selepas membuat ulasan filem Hollywood yang ditonton berjudul Black Phone pada Selasa.

Terdahulu, nama Ira hangat diperkatakan netizen selepas didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Pada Selasa, isteri Syamsul yang juga merupakan aktres Puteri Sarah menerima kiriman mesej peribadi (DM) seorang individu yang mendakwa suaminya sudah bertunang.

Bagaimanapun, Syamsul tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi program Meletop yang bersiaran secara langsung pada Selasa malam.

kredit: hmetro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/