Hanya berhubung soal anak-anak, Rossa Sera sudah letak noktah hubungan dengan Shuk Sahar – Lubuk Viral

LEBIH setahun kemelvt rumah tangga di antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera menjadi perbualan hangat masyarakat dan tidak kurang yang kel1ru dengan status sebenar pasangan ini.

Kedua-duanya dilihat meneruskan kehidupan masing-masing namun masih belum ada kata putus sama ada akan mengambil jalan berpis4h atau pun kembali bersama.

Merasakan dirinya tidak lagi mampu memberi kebahagian buat Shuk, Sera meletakkan noktah terhadap hubungan mereka dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

sera 2

Sera ambil keputusan akhiri rumah tangga bersama Shuk.

“Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan meny4kiti diri sendiri.

“Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

“Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia,” katanya ketika muncul dalam program Meletop pada malam Selasa.

Rumah tangga pasangan itu sebelum ini sering dilanda badai apabila pelawak itu did4kwa bersikap cvrang terhadapnya.

Melihat apa yang berlaku sebagai satu ujian buat mereka berdua, Sera memberitahu dia sentiasa memberi kata-kata semangat buat Shuk untuk terus tabah berhadapan dengan dug4an.

“Ini juga ujian buat Shuk. Saya tidak pernah salahkan dia. Bukan senang dia nak lalui semua ini Sehingga sekarang saya masih memberi kata-kata semangat buatnya.

Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia

ROSSA SERA

“Sepanjang berdepan dengan masalah ini, saya banyak meng4du dengan ibu bapa selain berserah kepada Allah untuk apa sahaja ketentuan-Nya. Saya perlu banyak bersabar,” katanya.

Sera sebelum ini pernah mended4hkan sudah memfailkan cer4i terhadap Shuk pada November lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar