‘Satu Ketika Kami Memandu Perodua Kancil, Tiba-Tiba Kami Dihadiahkan Dengan Rolls Royce’ – Awie – Lubuk Viral

” Apabila Wings datang ke Sungai Besar di funfair pada tahun 1988, tiga orang pelajar asrama sekolah saya dibuang kerana lompat pagar semata-mata menonton konsert Wings.”

Itu petikan diambil dari penulis sebuah media popular yang menulis tentang zaman kegemilangan rock kapak yang rancak berkembang di negara ini pada sekitar pertengahan 1980-an.

Ayat penulis tersebut sebenarnya cuba menggambarkan betapa kumpulan rock lagenda, Wings ketika itu sangat dekat dengan peminat di kalangan marhaen kerana sering membuat persembahan di ceruk kampung termasuk di funfair.

Namun, seiring dengan peredaran masa, Wings sudah jauh melangkah dan terbang tinggi apabila mengadakan persembahan di serata tempat yang berprestij seperti di kelab, stadium dan pentas bertaraf dunia sejak kebelakangan ini.

Sesuai dengan pentas yang berprestij, tentunya tiket untuk menyaksikan persembahan Wings bukan lagi murah dan tidak semua mampu untuk membelinya.

Mungkin disebabkan itu, timbul dkwaan mengatakan Wings kini sudah melupakan peminat mereka dari kalangan marhaen.

Tiba-tiba kami dihadiahkan dengan Rolls Royce

Mengulas tentang perkara itu, penyanyinya, Dato’ Awie berkata, istilah itu tidak wujud dalam kamus Wings, namun sesekali mereka juga perlu melakukan perubahan dalam karier.

Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman ini berkata, istilah itu tidak wujud dalam kamus Wings, namun sesekali mereka juga perlu melakukan perubahan dalam karier.

” Satu ketika kami memandu Perodua Kancil, tiba-tiba kami dihadiahkan dengan Rolls Royce.

” Adakah kami nak menolak pemberian itu?

” Pasti kami akan pandu Rolls Royce itu untuk merasa kenikmatannya. Selepas 37 tahun dalam industri muzik, ramai yang kata adakah Wings lupa pada mereka yang menyokong di funfair?

” Jawapannya tidak kerana kami juga rakyat marhaen.

” Cuma ketika ini peluang datang dan ruang diberikan dalam peringkat yang berbeza,” kata Awie.

Wings bakal jelajah seluruh negara

Terdahulu Awie mengulas perkara itu ketika ditemui di sidang media Showcase Wings One Night Only Live In Kuching & Awie Romantika Kota Kinabalu di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Selain Awie, Wings turut dianggotai Eddie ( bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar).

Awie berkata, mereka bangga perjuangan Wings selama ini diiktiraf sehingga dapat membuat persembahan di tempat eksklusif dan bertaraf antarabangsa.

” Alhamdulillah, tapi Wings takkan lupa asal usul.

” Insya-Allah tahun depan kami akan buat tour seluruh negara termasuk ke Felda, dewan-dewan kecil sekitar 1,000 penonton untuk ‘gig’ sehinggalah ke peringkat konsert medium dan seterusnya konsert besar di Stadium Bukit Jalil atau mana-mana tempat terpilih.

” Insya-Allah perancangannya tahun depan dan saya pastikan benda ini berlaku. ,” katanya.

Wings sebelum ini berjaya mencatat rekod apabila tiket konsert yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, pada 14 dan 15 Julai habis dijual dalam tempoh singkat.

Sementara itu, Showcase Wings One Night Only Live In Kuching akan diadakan di Sarawak Chambers, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 27 Ogos ini.

Selain itu, Awie sekali lagi akan berganding dengan Erra dalam Showcase Awie Romantika bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Ogos ini.

Lima orang anak muda masih bersekolah sepakat tubuhkan Wings

Sekadar rekod, sejarah penubuhan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Seri Ampang Kuala Lumpur.

Di situ lima orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah.

Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka telah mendapat kata sepakat untuk mendendangkan lagu berirama Rock ‘N’ Roll di sepanjang persembahan mereka.

Ketika itu bermula dengan kelahiran kumpulan kugiran walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Lima remaja muda ini ialah Awie, Syam, Baharom, Zul dan Jojet telah bersepakat untuk membentuk sebuah kumpulan kugiran yang di beri nama kumpulan Wings dimana nama kumpulan tersebut adalah nama yang terbaik dan pilihan paling tepat buat mereka.

Ilham penggunaan nama Wings (Dalam terjemah dewan bahasa ‘Sayap-Sayap’) sebagai nama kumpulan itu dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegur otot dan lengannya kelihatan seperti ‘Sayap atau Kepak’ (Dalam terjemah Bahasa Inggeris ‘Wing’).

Maka dengan itu lahir lah kumpulan Wings.

Sumber:hmetr0 dan olahan Muzik Jalanan.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://thebolalive.com/