Bers4lin 2 minggu lebih awal, Fizo Omar dan isteri dapat bayi perempuan!

PELAKON Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat melahirkan anak perempuan pertama mereka pada pukul 12.39 tengah malam Sabtu di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 37, berkata, bayinya itu dilahirkan dua minggu lebih awal dari tarikh sepatutnya namun bersyukur keadaan isteri dan anak mereka dalam keadaan baik.

fizo 2

Fizo bersama isteri dan anaknya, Maryam.

“Alhamdulillah… seorang lagi anugerah terindah dari Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.

“Keadaan isteri selamat dan bayi sangat comel,” katanya.

Untuk rekod Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu di sebuah masjid di Hulu Kelang dan majlis resepsi pula diadakan secara tertutup di sebuah resort di Janda Baik.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu.

Keadaan isteri selamat dan bayi sangat comel

FIZO OMAR

PELAKON

Fizo sebelum ini pernah berkahwin dangan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercer4i pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar