Aedy Asyraf buat lap0ran polis… Individu meny4mar sebagai dirinya perdaya 4 orang wanita, sampai sanggup bagi alamat

SATU lap0ran polis telah dibuat oleh pelakon Aedy Ashraf selepas namanya digunakan oleh seorang individu bagi tujuan peny4maran untuk memp3rdayakan wanita.

Dalam laporan polis tersebut, Aedy menjelaskan individu berkenaan telah menghantar emel kepada empat orang wanita dan salah seorang daripada telah memberikan maklum balas dengan berkongsi maklumat peribadi iaitu alamatnya.

aedy 2

Aedy ingatkan orang ramai supaya berhati-hati.

“Satu lapor4n polis telah dibuat berkaitan penghantaran emel yang menggunakan nama saya.

“Saya dapat tahu ada individu yang tidak dikenali telah meny4mar sebagai saya dengan menggunakan emel samaran iaitu aedyashrafx@gmail.com.

“Saya juga dimaklumkan bahawa empat orang wanita telah dimesej oleh individu ini untuk diajak keluar dan hanya seorang daripada mereka yang memberi alamat kepada individu tersebut,” jelasnya dalam laporan polis yang dibuat.

Aedy atau nama sebenarnya Addy Ashraf Rosmadi, 29, memuat naik laporan polis itu di laman sosial miliknya namun tidak mendedahkan butiran lanjut seperti tarikh dan lokasi advan itu dibuat.

Saya ingin menjelaskan itu bukan emel saya dan ingin mengingatkan semua orang agar berhati-hati

AEDY ASHRAF

PELAKON

Sementara itu, Aedy menjelaskan laporan itu dibuat kerana berasa bimbang maklumat peribadi dirinya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya ingin menjelaskan itu bukan emel saya dan ingin mengingatkan semua orang agar berhati-hati,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar