Wanita deg1l, tetap datang majlis konvo buat kejutan walau ‘dilarang’ siap sewa kereta… sekali tunang tunjuk reaksi tak disangka

KALAU sudah sayang, apa jua sanggup dilakukan.

Begitulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan kesanggupan wanita ini bersusah-payah melakukan kejutan buat tunangnya.

Menurut Nur Syahirah Zainalabidin, 25, kejutan tersebut dibuat bagi meraikan tunang tersayang semasa hari graduasinya yang berlangsung pada 12 Jun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebenarnya saya dah lama tak jumpa dia sejak dapat rekrut sebagai polis di Sarawak. Dia pergi rekrut pada 21 November 2021 dan sampailah majlis konvo saya tak jumpa dia.

“Kami LDR (long distance relationship) selama 203 hari. Masa dia rekrut pun jarang dapat berhubung. Bila dia tamat rekrut 21 Mei dan dah balik semenanjung pun saya belum ada rezeki lagi untuk berjumpa. Dia sibuk dengan tempat posting dan hal-hal lain.

“Jadi pada 12 Jun masa dia konvo, saya plan buat surprise muncul depan dia secara tiba-tiba bagi dia terkejut,” katanya ketika dihubungi mStar.

Nur Syahirah atau lebih mesra disapa Syirah berkata, tunangnya tidak mahu menyusahkan dirinya justeru dia melarang untuk dia datang ke majlis graduasi atas faktor jarak dan risiko.

Namun, demi menjayakan ‘misi’, Syirah tetap dengan pendiriannya untuk membuat kejutan kepada pemuda berkenaan.

Bercerita lanjut, pada hari tersebut Syirah bangun seawal jam 5 pagi bagi menjayakan kejutan ini dan bertolak ke majlis konvokesyen di Unisel, Bestari Jaya, Selangor.

Syirah bergerak ke Unisel seawal jam 5 pagi bersama tiga rakan.

“Mula-mula dia kata tak payah datang sebab tempat belajar tu jauh dari rumah saya di Muar, Johor dan jalan agak bahaya. Tapi saya berdegil nak pergi juga.

“Saya tekad pergi sebab lama sangat tak jumpa dan nak celebrate hari istimewa dia. Dia pun dah tunggu dua tahun lebih untuk majlis ni. Jadi kenapa tidak saya raikan hari istimewa ni dengan dia kan,” katanya lagi.

Berikutan video kejutan yang dimuat naik di TikTok, rata-rata netizen memuji tindakan Syirah yang dilihat ‘sweet’ dan sanggup berkorban demi tunang yang sudah lama tidak ditemui.

Nampak dari jauh pun dah rasa rindu. Saya tunggu sampai habis dia bergambar dengan kawan-kawan. Bila selesai, saya pergi berdiri depan dia tanpa cakap apa-apa. Reaksi dia terkejut sampai terkedu.

NUR SYAHIRAH

Bagaimanapun, reaksi awal pemuda tersebut sewaktu melihat Syirah di depan mata seolah-olah ‘tiada perasaan’ lebih menjadi tumpuan warga maya.

“Saya datang dengan hand bouquet coklat yang saya siapkan sendiri malam tu sampai pukul 1 pagi. Masa tu orang ramai sangat terlalu sesak di luar dewan. Tapi saya dapat cam dia sekali pandang je walaupun pakai face mask… saya tahu tu tunang saya walau nampak mata sahaja.

“Nampak dari jauh pun dah rasa rindu. Saya tunggu sampai habis dia bergambar dengan kawan-kawan. Bila selesai, saya pergi berdiri depan dia tanpa cakap apa-apa. Reaksi dia masa tu, terkejut sampai terkedu.

“Kalau tengok dari video tu, dia tergamam sekejap sebab angau macam tak percaya saya ada depan mata. Dia tak percaya yang berdiri depan dia tu tunang dia yang dah berbulan tak jumpa. Saya senyum dan gelak baru dia datang dekat… baru dia sedar tunang dia ni betul-betul datang,” jelasnya yang hadir bersama tiga rakan menaiki kereta Axia yang disewa.

Dalam pada itu, Syirah turut menjelaskan bahawa tunangnya begitu teruja dengan kehadirannya walaupun secara mengejut.

Syirah berkata, dia dimaklumkan oleh pemuda itu bahawa ini merupakan kali pertama dia menerima kejutan daripada seorang wanita yang mana bekas kekasih-kekasih lamanya tidak pernah melakukannya.

Komen netizen mengenai reaksi tunang Syirah.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar