Bapa tak tahu Adibah Noor hidap kans3r, pergi ziarah hospital ketika sakit tapi tutup mulut

TIADA kata yang dapat digambarkan oleh bapa kepada Allahyarh4m penyanyi Adibah Noor iaitu Mohd Omar Zainal Abidin atas pemergi4n anak ketiganya itu.

Reda dengan takdir Allah, Omar yang kini berusia 89 tahun berkata dia langsung tidak mengetahui tentang penyakit kans3r ov4ri yang dihidap Adibah.

Bagaimanapun, Omar enggan bercerita lebih lanjut mengenai arw4h anak perempuannya yang sudah tiada.

“Anak saya nombor tiga tu… kalau Tuhan nak pilih dia, nak ambil dia, ambil la. Saya tak tahu (Adibah kanser ovari)… dia tak beritahu. Saya pergi hospital, dia tak beritahu pun.

Bapa adibah

Bapa Adibah yang kini berusia 89 tahun.

“Dah la tu, tak payah cerita banyak, orang pun dah tak ada,” kata Omar kepada media.

Adibah Noor, 52, disahkan meningg4l dvnia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan difaham sudah lama mengidap kans3r ov4ri.

Saya tak tahu (Adibah kans3r ov4ri)… dia tak beritahu.

MOHD OMAR

BAPA ADIBAH NOOR

Jenazah Allahyarh4m penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu selamat dikebvmikan di di Tanah Perkubvran Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi, Ahad.

Tidak mampu berbicara lebih panjang dengan keadaan tidak bermaya, Omar memberitahu anaknya sentiasa taat kepada ibu bapa dan Allah.

“Dia seorang anak yang taat. Kalau ada yang kata dia kedekut, terpulang pada orang itu. Saya tak ada apa nak cakap, tak boleh panjang cerita… tak larat,” ujarnya.

Adibah

Adibah merahsiakan penyakitnya daripada keluarga.

Terdahulu, rakan selebriti yang rapat iaitu Linda Onn mended4hkan Allahy4rham seorang yang pemurah dan tidak pernah berkira dalam soal membayar makan ketika keluar bersama.

Malah, ramai rakan-rakan selebriti yang memuji keperibadian arwah Adibah yang dianggap seorang yang baik hati serta ikhlas dalam segala apa yang dilakukan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar