“Doa Isteri.” Coretan Isteri Penjaga Gol Harimau Malaya, Syihan Raih Perhatian. Deep! – Lubuk Viral

Sejak Malaysia layak ke Piala Asia, sejak penantian 42 tahun, nama penjaga gol, Syihan Hazmi menjadi sebutan semula selepas aksinya bersama pasukan kesebelasan mengalahkan Bangladesh dalam aksi akhir Kumpulan E pada Selasa.

Persembahan cemerlang beliau turut mengangkat kerjayanya semula dan meletakkan dirinya sebaris dengan nama pemain kegilaan wanita sekarang.

Malah ramai wanita memuji wajah tampan beliau yang dikatakan persis aktor Thailand. Ada juga meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui pemain bola sepak Negeri Sembilan itu sudah berumah tangga dan memiliki cahaya mata.

Namun di sebalik kejayaan lelaki, ada wanita di belakangnya. Aura isterinya yang sentiasa memberi kata-kata semangat menjadi dorongan buat penjaga gol itu.

Begitulah yang diluahkan isteri kepada penjaga gol, Syihan Hazmi, iaitu Nabila Syakirin menerusi Instagram miliknya.

“Syukur kehadrat illahi untuk nikmatmu yang tak terjangka #matamasukhabuk. Ini adalah hikmah and ganjaran penantian selama 5tahun berjuang untuk ketahap ini. Terima kasih sayang berjuang untuk kita & negara . You make me proud sayang.”

Pelbagai ujian yang u hadap and kita sama2 berjuang untuk terus kuat even pelbagai ujian yang kita tempuh..

Hanya Allah yang tau jalan hidup kami, harini just nak share and simpan sebagai kenangan..

Satu memori and kenangan yang termanis setelah pelbagai asam masin garam telan sama2 ngan husb..

Kami pernah bergaduh sebab kurang masa, tak kesefahaman, and sbb mulut manusia.. Allahu

Sampai biey terpaksa hold mybisnes untuk 100% focus (masa) buat suami berjuang untuk kerjayanya..

But Alhamdulillah Allah maha adil..

Allah beri nikmat saat kami redha & bersyukur bila diuji..

Kun fayakun, biey selalu pegang bila Allah berkehendak “jadi maka jadilah” nothing impossible and tak dapat fikir macmmna ia berlaku..

Terima kasih yang ada bersama kami dari bawah.. banyak kami kenal erti dunia & ujian sepanjang 5 tahun even kami masih muda

Setiap terjadi mesti ada hikmah..

Terima kasih untuk parent, family, managmnt, team, coach2 @coach_megatamir beri kepercayaan untuk syihan smpai dia jumpa diri dia balik (syihan is back) and penyokong nogori slalu bagi smangat untuk dia sampai ketahap ini

Semoga doa yang baik2 berbalik kepada korang sama..

Semoga kita sama2 dimurahkan rezeki seperti air zam-zam mengalir & diberi kebhgiaan and kejayaan tak disangka2

Stop comparing, stop blame, stop judge others, stop negative thinking.. Just be positive, be yourself usaha and cubalah bangkit bangun sendiri, serahkan doa and bersangka baik pada yang Esa insyaAllah yang datang pon perkara baik-baik..

Jangan kejar untuk jadi seorang berjaya, kejarlah untuk jadi seorang yang bernilai

Congrats again malaysia ??Selepas penantian 42tahun ?? Semoga kejayaan milik kita

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:Keluarga