[VIDEO] Anak Dapat 2G SPM, Bapa Maintain Cool Hantar Voice Note! – “Ko Dah Cuba, Tak Apalah… Yang Penting Jaga …” – Lubuk Viral

Tular klip pendek yang dikongsi pengguna Tiktok @notekinn._ yang mendengarkan rakaman suara ayahnya tetap positif meski peroleh keputusan 2G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat netizen cembvru.

Menerusi klip itu, ayah kepada Ekin atau nama aslinya Nurasyiqin Borhanudin berbangga dengan keputusan anaknya dan menasihati agar sentiasa menjaga akhlak.

“Ko dah cuba dah, takpe lah, mana yang dapat saja lah. “Yang penting akhlak diri ko jaga, m4ruah diri jaga.

“Itu sahaja yang ayah harapkan, kerajinan kau, taatlah kepada ibu bapa dan jadi anak yang solehah,” pesan ayah Ekin.

Tambah bekas pelajar SMK Bukit Jalor itu, pada awalnya dia berasa sedih dengan keputusannya itu namun kembali tenang semula selepas mendengar rakaman suara dari ayahnya.

Video:

@notekinn.__ sorry takdpt bagi results yang baik ii ❤️. #spm2021 ♬ bunyi asal – privateikin_

Kebanyakan pengguna yang turut singgah di ruangan komen meluahkan rasa cembvru terhadap Ekin.

Ekin turut berniat melanjutkan pengajian dalam bidang fesyen dan ingin membalas jasa kedua ibu bapanya semula yang selama ini telah membesarkan Ekin.

Komen Netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : https://gempak.com/