Bayi Bersun4t, Mira Filzah Menit1skan A1r M4ta Seb4k… Ini Pula Reaksi Siti Nurhaliza! – Lubuk Viral

Pelakon Mira Filzah tidak dapat menahan seb4k apabila bayinya, Wan Khair Amir selamat berkh4tan atau sun4t ketika baru berusia sebulan.

Pun begitu, Mira tetap berasa bangga melihat anaknya yang berada dalam keadaan tenang ketika proses berkh4tan berkenaan.

“Ketahuilah papa dan mama sangat bangga bila mana kamu pandai membawa diri dengan baik semasa berkh4tan.

“Mama seb4k dan menitisk4n air mata apabila mendengar kamu menangis pada awalnya.

“Papa tak menangis, tapi sedih jugalah. Tapi sepanjang masa sehingga selesai, kamu tenang dan senyap sahaja.

“Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami,” katanya.

Mira berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama Mira berkongsi beberapa keping gambar bayinya ketika proses itu serta fotonya yang dilihat seb4k.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan yang terbaik buat kesembuhan dan kesihatan anaknya.

Tidak ketinggalan penyanyi sohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza berkongsi rasa yang sama ketika anak lelakinya menjalani proses berkenaan.

“Kak Iti pun menangis masa Afwa berkh4tan,” kongsinya di ruangan komen.

Mira turut membalas komen itu.

“Tak sampai hati dengar menangis tapi tak boleh buat apa,” responnya.

Terdahulu pada 10 Mei lalu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, selamat menimang cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:Gempak