Penonton Bola ‘Bertukar’ Wajah, Rupa-Rupanya Terakam Guna… – Lubuk Viral

Kemeriahan suasana Stadium Bukit Jalil malam tadi memang dapat dirasai penonton yang berada di rumah. Perlawanan antara Harimau Malaya dengan Bangladesh untuk melayakkan ke Piala Asia 2023 ini berjaya menerima berita baik.

Stadium dipenuhi dengan penyokong kedua-dua negara dengan pelbagai ragam. Namun begitu satu perkongsian rakaman suasana dalam Stadium Bukit Jalil malam tadi ini telah mencuri perhatian ramai.

Screenshot at Jun 15 09-22-18

Dalam muat naik video oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun nfildzahaqila ini dipaparkan dia cuba untuk mengambil rakaman suasana kemeriahan di dalam stadium tersebut. Sudah tentunya memang meriah dengan tempat duduk penuh dengan penonton.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah beberapa penonton lelaki bertukar rupa seakan pelakon opera cina dengan lengkap bersolek. Rupa-rupanya individu ini terguna filter kamera atau aplikasi ketika merakamkan video tersebut.

Berikut adalah perkongsian video penonton bola terakam bertukar wajah ini:

@nfildzahaqila Sorry bang, tak sengaja. Line slow. Main pilih jela filter ???#harimaumalaya #bukitjalil #afcqualifiers #kitamestimenang ♬ original sound – fy aqila

Aduhai, kesian betul ek? Apa-apa pun perkongsian video penonton bola terakam bertukar wajah ini telah mengundang tawa ramai. Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Ingatkan apa benda la. Sekali opera cina ko”

Screenshot at Jun 15 08-28-30

“Dah siap boleh gelak mat”

Screenshot at Jun 15 08-27-52

“Wei hahaha KKN sesat sini”

Screenshot at Jun 15 08-27-18

“Wehh memang jam 3 je nak dekah”

Screenshot at Jun 15 08-26-58

“Kena pulak 4-1”

Screenshot at Jun 15 08-24-42

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL