‘Aku Dh Cer4i Lama Dah, Anak Takde’ – Man May Snggup Dtg Jauh2, Begini Keadaan Terkini Jojet Wings – Lubuk Viral

” Allahu lama tak tengok Jojet. Semoga diberikan kesihatan yang baik..”

Demikian reaksi seorang ntizen sebaik melihat keadaan terkini Jojet, 55, seorang pemain drum yang terkenal suatu ketika dahulu dan dikatakan antara pemain drum terbaik di Malaysia oleh peminat.

Menerusi laman youtube Man Channel, Jojet atau nama sebenar Rodzane bin Haji Mohamed yang ditemubual oleh Man, bekas pemain drum kumpulan May berkongsi kisah dan cerita terkini tentang Jojet.

Man yang aktif berjumpa rakan-rakan lama yang terdiri dari bekas-bekas anggota kumpulan rock 80-90an yang dimuat naik dalam saluran youtube beliau telah pergi mencari Jojet di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

” Aku ingat last jumpa kamu tahun 1988, masa tu funfair kat mana tah aku pun lupa.

” Masa tu Wings opening, kita duk main daun terup.. itu la last, pastu mana ada kita jumpa lagi.” kata Man membuka bicara.

Gambar: Jojet (duduk) bersama kumpulan Wings

Berjumpa dan berbual santai di kedai makan tepi jalan, Man kemudian bertanyakan kepada Jojet tentang perkembangan terkini bekas pemain drum kumpulan rock lagenda, Wings itu.

” Aku tinggal dengan orang tua aku, aku duk sorang je kat rumah tu. Orang tua aku duduk sebelah rumah jer.

” Aku dah cer4i lama dah, anak takde. Aku dua kali nikah.. yang ketiga ni belum lagi” jawab Jojet berseloroh.

Mendengar jawapan itu, Man sempat bergurau dengan Jojet dengan mahu memperkenalkan seorang perempuan kepada Jojet.

” Ini ada sorang (perempuan) okay Jet, cantik.. umur ada la dalam 75.. (waktu ni Jojet terus menyampuk “Huyyooo”).. okay la tuu, pengalaman tuu Jet. Alaa buat penyendar kelambu jerr..” usik Man sambil dua-dua tergelak.

Jojet turut berkongsi aktiviti beliau sekarang yang jauh berbeza berbanding sewaktu zaman kegemilangannya sebagai pemain drum kumpulan Gersang dan Wings.

” Saya memang duduk rumah jer.. (tak bekerja), orang tua saya belanja.

” Adik beradik saya di sini (Kundang) sorang, kat Damansara sorang, kat Johor sorang, koperasi polis sorang dan kat tanah perkubvran Islam Kuang sorang ( dah meningg4I)..

Jojet masih padu main drum (lihat vdeo di bawah)

Tambah Jojet, jika ada waktu terluang beliau dijemput untuk bermain drum di studio berdekatan iaitu Kevin Junction Studio.

Di kesempatan itu juga, Jojet mengajak Man untuk pergi ke studio berdekatan dan Jojet telah menunjukkan skil beliau bermain drum yang ternyata masih padu.

Rata-rata peminat berasa sangat teruja melihat kemampuan Jojet bermain drum, meskipun sudah lama tidak beraksi di pentas berskala besar namun aura dan kebolehan Jojet bermain drum masih diminati ramai.

” Jojet legenda ini. Keasliannya dan kemahiranya serta daya tarikannya masih terpahat. Malangnya karya dia tidak begitu dihargai atas sebab tertentu.

” Jojet adalah drummer terbaik wings. Kepada yang belum pernah dengar lagu Dato awie dalam album Rentap, dengarkan lah betapa hebatnya pukulan drum dari jojet. Double pedal padu bro.

” Jojet idola. Dia punya tone lain, tak ada org macam dia lagi. Album Bazooka Penaka, Wings masa Jojet main dulu adalah album yang paling rare sound drums nya..salute bro Jojet.” tulis peminat.

Fakta menarik tentang Jojet

Jojet dilahirkan pada 13 Ogos 1967 di Ampang, Kuala Lumpur mula menempa nama sebagai pemain dram kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu Kumpulan Gers4ng pada tahun 1987.

Sebelum menganggotai kumpulan Gers4ng, Jojet adalah pemain dram asal kumpulan Wings pada tahun 1985 namun tidak sempat untuk merakamkan album pertama bersama kumpulan tersebut.

Bakat luar biasa yang dimilikinya menjadikan beliau terkenal dan popular sebagai pemain dram di Malaysia, sebaris dengan pemain dram yang lain seperti Yazit Search, Black Wings dan Lola XPDC.

Pada tahun 1985, Jojet bersama 4 lagi orang rakan sekolahnya (Awie, Syam, Baharom & Zul) telah mengasaskan sebuah kumpulan muzik di mana mereka berhasrat untuk memperjuangkan irama rock dalam industri muzik tanahair dan beliau bertindak sebagai pemain dram.

Bakat Jojet mula dikesan dan dicungkil dari band muzik yang belum diberi nama pada ketika itu.

Namun belum sempat merakamkan album pertama bersama kumpulan Wings, Jojet telah mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan itu dan menjadi pemuzik bebas (dram) di Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, beliau didatangi oleh dua orang pemuzik terkenal iaitu Yem Bai (pemain bass kumpulan BPR) dan Ito Blues Gang.

Mereka telah memperkenalkan Jojet dengan kumpulan Gersang yang ketika itu baru sahaja berhijrah ke Kuala Lumpur dengan 3 orang anggota iaitu Man Bai (vokal), Kid (gitar utama, kemudian bersama Search) & Man Greng (bass).

Kebetulan, Gers4ng memang memerlukan pemain dram baharu setelah pemain dram asal Gersang, Razak Kerajaan menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Tidak mengambil masa yang lama, Jojet terus bersetuju untuk memulakan karier profesionalnya bersama kumpulan tersebut dan memulakan proses rakaman album pertama berjudul Gers4ng yang diterbitkan pada tahun 1987.

Kemunculan Bersama Kumpulan Gersang

Bersama Kumpulan Gers4ng, Jojet sempat menghasilkan tiga buah album bermula dengan album Gers4ng yang hits dengan lagu Masih Aku Terasa pada tahun 1988.

Berikut kejayaan album pertama Gers4ng yang terjual sebanyak 90,000 unit, mereka kemudiannya menghasilkan album kedua pada tahun yang sama berjudul Takdir.

Sekali lagi album itu mendapat sambutan yang hangat apabila album yang hits dengan lagu Suratan Takdir mencatatkan jualan melebihi 80,000 unit.

Dalam album ketiga Gers4ng yang berjudul B29, populariti mereka sedikit tercalar apabila album itu hanya mencatatkan jualan sebanyak 29,000 unit berikutan pertukaran pemain gitar utamanya pada ketika itu.

Namun itu tidak mematahkan semangat Jojet dan anggota lain, sebaliknya berusaha untuk naik semula dengan memulakan proses rakaman album keempat.

Gambar: Jojet berbaju merah

Malangnya semasa mereka membuat persiapan untuk menghasilkan album keempat, Man Bai telah menghidap pnyakit tonsil yang serius sehingga menyebabkan proses rakaman tergendala.

Hal ini telah membawa kepada pembubaran kumpulan Gersang dan kesemua anggotanya membawa haluan masing-masing selepas tamatnya kontrak Konsert Jelajah Lucky Strike.

Kembali ke Kumpulan Wings

Tidak lama selepas kumpulan Gersang dibubarkan, beliau dipelawa oleh Awie untuk menganggotai kumpulan Wings pada tahun 1990, menggantikan Black yang menarik diri akibat perselisihan faham dengan pihak pengurusan Wings.

Di sinilah nama Jojet mula melonjak naik dan diiktiraf peminat muzik rock sebagai salah seorang pemain dram terbaik di Malaysia.

Bersama Wings, Jojet telah merakamkan enam buah album seperti Jerangkung Dalam Almari, Best Of Wings, Double Trouble (Bersama Search), Bazooka Penaka dan Wings & Superfreinds Part 1 & 2.

Ketika bersama Wings jugalah Jojet mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan apabila beliau diambil sebagai pelakon undangan di dalam filem Pemburu Bayang (1993) dan Putera (1994).

Pasca Wings dan Perkembangan Terkini Jojet

Hanya seketika sahaja Jojet menikmati zaman kegemilangannya sebagai pemain dram Wings, beliau mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan tersebut buat kali kedua pada tahun 1994 atas masalah-masalah peribadi.

Hal ini juga didorong oleh pengunduran penyanyi Wings, Awie yang juga sahabat baiknya sendiri.

Selepas meninggalkan Wings, Jojet menerima tawaran berlakon di dalam beberapa buah filem antaranya Sembilu 2, Tragedi Oktober, Merah, Nafas Cinta dan Bara.

Kemudianya Jojet bersama Awie dan rakannya ketika bersama kumpulan Gers4ng, Kid Search menubuhkan sebuah band projek yang diberi nama Dragon Malaya pada tahun 2000 yang memuatkan 3 buah lagu (Rentap, Kuda 3 Kaki dan Bumi Kita Ada Naga (Melayu Ada Naga)) di dalam album solo Awie yang berjudul Rentap.

Jojet kemudiannya tidak lagi aktif di dalam bidang seni kerana ingin fokus sepenuh masa terhadap perniagaannya.

Pada tahun 2010, beliau akhirnya kembali aktif bersama kumpulan Gersang sehingga kini, termasuk juga yang masih ramai dikalangan peminat berharap Jojet kembali aktif bersama Awie seperti dahulu.

Sumber:wikipedia dan Man Channel youtube

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://thebolalive.com/