Persembahan Denden, Konsert Search Rockin On Rooftop Luar Biasa. Datuk Hattan Hilang Kata2- Lubuk Viral

Penyanyi Datuk Hattan hilang kata-kata ketika menyaksikan persembahan mantap kumpulan Search pada Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell, malam tadi.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, berkata, persembahan yang dibarisi Din dan Kid selaku pemain gitar, Yan (bass) dan Minn (drum) serta vokalis baharu, Denden Gonjalez itu memiliki kehebatan tersendiri.

“Saya sudah lama tidak mendengar muzik sebegini. Memang ‘sound’ Search ada pada Din dan Kid. Bila saya dengar Din memainkan lagu Teguh, saya sedih, seperti mahu menangis.

“Saya sangat seronok. Saya rindu nak tengok Din dan Kid main dan saya berpuas hati. ‘Sound’ yang diberikan memang puas hati. Kunci ‘sound’ Search itu memang ada pada Din dan Kid. Tiada siapa boleh menafikan.

“Tanyalah siapa pun, saya pasti mereka mempunyai pendapat yang sama. Berbaloi datang konsert ini. Saya layan habis menonton konsert ini,” katanya.

Menurut Hattan, dia juga terkejut dengan kehebatan vokalis baharu Search yang berasal daripada Indonesia itu.

“Dia menyanyi sedap, melekat dan memang ‘sesuatu’ Denden ini. Mula-mula saya tengok dia seorang yang pemalu, tapi bila tengok tadi, dia nyanyi memang sedap.

“Saya harap Search terbang tinggi ke negara seberang. Saya percaya kalau mereka keluar album penuh, boleh meletup dan ia boleh merentasi pasaran Indonesia kerana penyanyinya dari Indonesia.

“Usai konsert saya ada berbual dengan Datuk M Nasir, kami mengatakan sekiranya mereka keluar album, lagunya mesti sedap. Saya juga berharap mereka akan menjalankan siri jelajah,” katanya.

Hattan bersama Kid Search

Selain Hattan, Konsert Search Rockin On Rooftop turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk M Nasir dan Ramli Sarip. Pada konsert yang berlangsung lebih dua jam itu, Search mendendangkan 17 buah lagu.

Pernah Masuk The Voice Bulgaria? Ini 5 Fakta Tentang Vokalis Baharu Kumpulan Search Denden Gonjalez

Menerusi temu bual Gempak sebelum ini bersama ahli kumpulan Search, pemilihan Denden dibuat kerana kebolehannya menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi, selain boleh menjadi pengantara untuk mengembangkan jajahan Search di Indonesia.

Begitupun, nama Denden mungkin kurang popular dalam kalangan penggemar muzik tanah air. Justeru, kami bawakan lima fakta mengenai lelaki bersuara lantang ini:

Nama Pentas

Nama Denden Gonjalez kedengaran sangat unik, sehinggakan ada yang pada awalnya berpendapat dia merupakan seorang penyanyi kelahiran Filipina. Telahan peminat tidak tepat sama sekali.

Nama asal Denden ialah Denden Samsuhender dan dia dilahirkan pada tahun 1983 di Bandung, Indonesia.

Denden menunjukkan kebolehannya menyanyi dengan baik sekitar tujuh tahun lalu dengan memuat naik lagu-lagu cover di laman Youtubenya. Salah satu lagu yang dinyanyikan pada waktu itu adalah lagu Isabella nyanyian kumpulan Search sendiri. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih sejuta tontonan.

Keupayaan Denden menyanyikan lagu bernada tinggi tidak perlu dipertikaikan lagi, terutama apabila dia menyanyikan semula lagu She’s Gone nyanyian asal kumpulan glam metal Steelheart.

Sungguhpun begitu, video cover nyanyian Denden dibuang daripada Youtube atas alasan melanggar hak cipta karya berkenaan. Melihat pada situasi berkenaan, Denden terus menghubungi pihak Steelheart untuk bertanyakan tentang isu berkenaan. Untung nasibnya, Denden kemudian diberi hak untuk merakam semula lagu She’s Gone dan ia diterbitkan secara rasmi pada tahun 2019.

The Voice Bulgaria

Berkat daripada isu pelanggaran hak cipta dan juga populariti rakaman semula lagu She’s Gone, nama Denden harum di luar negara apabila dia terpilih untuk menyertai blind audition bagi rancangan nyanyian popular, The Voice Bulgaria penghujung tahun lalu.

Sungguhpun memberi persembahan terbaik dan memukau para juri ketika itu, namun Denden menyatakan yang dia telah disingkirkan daripada pertandingan tersebut tanpa sebab. Ujar Denden, mungkin kerana visa miliknya merupakan visa pelancong atau mungkin ada hal lain yang dia sendiri tidak ketahui.

Buat masa ini, Denden secara rasminya telah diumumkan sebagai vokalis baharu kumpulan Search. Jika dilihat pada saluran Youtubenya, Denden ada memuat naik sesi latihan bersama kumpulan Search. Menerusi ruangan komen di beberapa video Youtube, ramai antara peminatnya yang mendoakan kejayaan Denden sebagai vokalis baharu kumpulan legenda tersebut.

Peminat tetap setia walau bermandi hujan

Dalam pada itu, kehadiran lebih 3,000 peminat pada Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell di sini, malam tadi, membuktikan biarpun tanpa Amy, persembahan band legenda yang menampilkan Denden Gonjalez sebagai vokalis, tetap berbisa.

Nyata, aura Search yang ditubuhkan sejak 1981, utuh biarpun pelbagai kontroversi melanda hingga band rock legenda itu bagai terbahagi dua.

Kehadiran Denden mengubat rindu peminat terhadap persembahan bertenaga kumpulan rock ikonik itu.

Biarpun konsert bermula agak lewat iaitu pada jam 9.30 malam berikutan hujan, namun, peminat setia menanti dalam kebasahan.

Pada konsert lebih dua jam itu, Search mendendangkan 17 lagu. Tirai konsert dibuka lagu Bencana, Metropolitan dan Pasti.

Search terus membuat peminat terpaku dengan lagu Purnama, Melastik Ke Bintang, Di Pintu Sepi, Bersalah Atau Tidak, Speech, Rock N Roll Pie.

Turut didendangkan adalah lagu Fantasia Bulan Madu, Bencana, Metropolitan,Teguh, Neo Romantik dan Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Tambah manis, konsert itu dihangatkan dengan persembahan Ratu Rock, Ella yang menyanyikan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan secara duet bersama Denden.

Tidak hanya itu, malam itu turut menyaksikan rakan seperjuangan seperti Datuk M Nasir, Datuk Hattan dan Datuk Ramli Sarip hadir memberi sokongan.

Bertemu Kid usai persembahan, pemain gitar itu risau melihat hujan yang tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti sebelum konsert.

” Kami risau sebab hujan seperti tidak akan berhenti. Namun, hujan adalah rezeki buat kami… Alhamdulillah. Tidak sangka sangka kehadiran peminat yang cukup luar biasa.

” Peminat setia menanti walaupun terpaksa bermandi hujan,” katanya.

Kid berkata, kehadiran vokalis baharu Search, Denden perlu dipuji meskipun kali pertama beraksi pada konsert berskala besar bersama mereka.

” Kami berpeluang bersama dalam waktu yang agak singkat. Namun, kami gandakan usaha dan latihan. Akhirnya, kami dapat hasil yang baik malam ini (malam tadi).

” Denden beri sepenuh tenaga yang dimiliki demi meneruskan legasi Search,” katanya.

Denden hiburkan peminat di Konsert Search Rockin On Rooftop

Kid turut berterima kasih kepada abangnya, Din yang banyak memberi semangat kepada ahli kumpulan untuk meneruskan perjuangan.

” Pujian harus diberi kepada Din. Kita tahu apa yang berlaku. Din ada tunjang utama malam ini (malam tadi). Terima kasih kepada peminat yang hadir.

” Melihat kepada sokongan malam ini, ia beri Search semangat untuk terus berjuang… Mungkin ada hadiah buat peminat,” katanya.

Selain Kid, Denden dan Din, Konsert Search Rockin On Rooftop turut menampilkan Yan yang bermain bes dan dan Minn (drum).

Sementara itu, Denden gembira dapat menjayakan persembahan itu dengan baik.

” Pada mulanya gementar untuk menyanyi di hadapan peminat Search. Namun, selepas itu, semuanya okay. Maklum balas peminat di Indonesia juga baik.

” Saya lihat banyak komen yang memberi sokongan. Terima kasih untuk semuanya kerana terus menyokong kami. Saya akan ingat malam ini sampai bila-bila,” katanya.

Awal bulan ini, Konsert End3mik Search 2022 dibarisi Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal berlangsung di sebuah premis acara, di sini.

Sumber:hmetr0, astro gempak

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/