Noor Nabila tegur jangan makan jajan, sekali reaksi Jebat Jayden raih perhatian ramai – Lubuk Viral

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengvsik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di tiktok noornabila00.

Berdasarkan video yang tular di laman tiktok itu, Jebat Jayden dilihat sedang berada di hadapan ibunya, dan sedang memegang satu makanan ringan.

Noor Nabila kemudian menasihati Jebat Jayden tentang bahayanya makanan ringan atau jajan tersebut terhadap dirinya. Namun, apa yang mencvri perhatian ialah reaksi Jebat Jayden setelah mendengar nasihat tersebut, serta mempersoalkan apa salahnya jika dia memakan jajan itu.

“Dia tanya kita pulak apa sayahnya… makan jajan memang sayahhhhhhh sayang oi,” tulis noornabila00 di ruangan kapsyen.

Video:

@noornabila00 Dia tanya kita pulak apa sayahnya… makan jajan memang sayahhhhhhh sayang oi #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp #fypシ ♬ original sound – Noor Nabila

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.4 juta tontonan, 104.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: tiktok noornabila00