“Pujian Hanya Untuk Allah” – El4k Timbul Rasa Takbvr, Johan Tak Baca Komen Netizen – Lubuk Viral

Pelawak dan penyampai radio, Johan Yazid mengakui dia tidak pernah membaca komen-komen pujian dilimpahkan khalayak ketika videonya membantu sebuah keluarga tular pada pertengahan bulan lalu.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana enggan ‘tenggelam’ dan lupa diri tatkala dihujani kata-kata pujian tersebut.

“Saya tak baca komen tu semua sebab bagi saya segala pujian adalah milik Allah.

“Malah pujian itu juga adalah satu bentuk ujian untuk saya, takut nanti timbul rasa riak, takbur atau ujub.

“Saya sendiri pun tak tahu video tu viral. Bila adik-beradik saya hantar link (pautan), baru saya tahu video itu viral di media sosial,” katanya merendah diri.

Bercerita lanjut mengenai peristiwa itu, Johan berkata, hatinya tergerak untuk berhenti membantu empunya kereta yang rosak kerana terlihat kanak-kanak di dalamnya.

“Saya berhenti sebab saya nampak budak. Kalau tak, belum tentu saya nak berhenti.

“Masa itu saya fikir, mungkin saya boleh ringankan beban dia atau tolong hantarkan anak atau isterinya dulu.

“Pada masa sama, saya turut terbayangkan jikalau berada di tempatnya dan anak-anak saya melalui situasi sama seperti itu.

“Apa yang saya buat itu ikhlas, tak minta sebarang balasan termasuklah pujian,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook, Nor Aqmar Kaseh berkongsikan sikap murni dan pemurah Johan yang membantunya ketika keretanya rosak di tepi jalan.

Bahkan menarik perhatian umum terhadap kemuliaan hati pelawak itu apabila dia juga menghulurkan duit raya buat anak-anak Aqmar.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: BoomMalaysia