Demam sikit pun nangis, adik manja buat keputusan besar derma org4n untuk kakak! Kini boleh terus travel bersama

BUKAN hanya mempunyai pertalian darah sebagai adik dan kakak, kini dua wanita ini berkongsi buah pingg4ng yang sama.

Begitulah kasih seorang adik kerana sanggup berkorban mendermakan sebelah buah pingg4ng kepada kakaknya yang menghadapi masalah kegagal4n org4n itu.

Perkongsian video di laman sosial mengenai dua beradik ini menjalani pembedah4n pemindahan buah pingg4ng meruntvn jiwa netizen.

Bercakap kepada mStar, Wan Nor Atikah Che Wan Mohd Rozali berkata, dia menghidap penyakit buah pingg4ng tahap akhir selepas didiagn0sis pada 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Reda dengan keadaan yang menimpanya, wanita berusia 32 tahun itu tidak berputus asa mendapatkan rawatan dengan menjalani dialis1s dan hemodialis1s.

“Saya perlu buat pemindahan buah pingg4ng untuk merawat peny4kit. Pada asalnya suami mahu menyumbangkan buah pinggangnya, tapi selepas menjalani ‘workup’ iaitu penilaian menyeluruh selama setahun pada Julai 2021, dia didapati tidak layak untuk menderma.

adik derma buah pinggang 4

Hubungan Ika (kiri) dan adik perempuannya sangat rapat.

“Jujurnya, saya sedih dan mendiamkan diri selama dua bulan. Saya tidak bersosial kerana kebetulan bekerja dari rumah, akaun media sosial pun tak update,” katanya ketika dihubungi.

Lebih mesra disapa Ika, katanya, keadaannya itu ternyata membimbangkan adik perempuan yang begitu rapat dengannya, Wan Norsyafikah, 28.

“Adik selalu contact saya beri semangat. Dia kata jangan merajuk dan mar4h. Saya sebenarnya tak merajuk atau mar4h, cuma nak ambil masa bersendirian.

adik derma buah pinggang 6

Masing-masing bersedia untuk menjalani pembed4han.

“Apabila adik nak derma buah pingg4ngnya, saya bersyukur. Tapi saya risau keadaan dia ketika itu kurang setahun selepas melahirkan anak sulung,” ujarnya yang berasal dari Ampang, Selangor.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia akur tawaran yang dibuat adiknya itu atas dasar kasih sayang dan hubungan mereka yang sangat rapat sejak kecil.

“Sejak sebelum kahwin kami selalu travel sama-sama. Dah kahwin pun masih travel sama bawa suami masing-masing. Adik pernah kata bila lagi nak travel macam dulu.

adik derma buah pinggang 3

Sebelum masuk ke dewan bed4h.

“Dia tak mahu travel kalau saya tak ikut sekali. Tapi apabila fikir keadaan dia, saya tanya betul ke dik? Kerana sayangkan kakak, itu jawapannya,” kata ibu kepada seorang anak lelaki itu.

Ika yang merupakan seorang petugas kesihatan bersyukur apabila adiknya didapati layak untuk mend3rma buah pingg4ng setelah menjalani ujian penilaian.

“Saya bersyukur, gembira dan tak sabar untuk menjalani pembed4han. Tapi risau dengan keadaan adik. Dia kalau sakit sikit, demam sikit pun menangis, apatah lagi pembed4han.

Jika masa saya sakit pun kami rapat, dah berkongsi buah pingg4ng lagi rapat.

IKA

“Adik memang manja dengan famili, orangnya sens1tif. Tapi dia ada keberanian untuk berkorban melakukan maj0r oper4tion demi kakaknya,” katanya yang menyifatkan adiknya sebagai seorang penyayang dan suka membantu orang lain.

Pembedah4n pemindah4n buah pingg4ng selama enam jam yang dilalui Ika dan adiknya di Hospital Selayang di Selangor pada 5 Jun lalu berjalan lancar.

“Alhamdulillah, pembed4han berjalan lancar. Saya bersyukur dan terhutang budi. Jika masa saya sakit pun kami rapat, dah berkongsi buah pinggang lagi rapat,” katanya yang turut berterima kasih kepada suami dan seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan.

adik derma buah pinggang 5

Wajah ceria dua beradik setelah pembedahan berjalan lancar.

Ika yang sedang pulih di hospital berkata, pesakit tidak seharusnya menganggap diri mereka sebagai pesakit, sebaliknya perlu bekerja lebih keras berbanding orang lain untuk terus hidup.

“Daripada segi kekeluargaan, nasihat saya adalah jangan tinggalkan famili kita walau apa jua keadaan kerana akhirnya nanti akan cari keluarga kita,” katanya yang berhasrat untuk menunaikan umrah bersama keluarganya dan keluarga adik serta ibu bapa mereka.

Sementara itu rata-rata netizen turut tersentuh dengan perkongsian kisah dua beradik ini di TikTok.

WhatsApp Image 2022-06-10 at 12.32.56 PM

Antara komen netizen di TikTok.

“Kalau aku pun sanggup aku serahkan nyawa.. Asalkan orang yang aku ada sihat dan bahagia. Cukuplah kehilangan ibu dan ayah. Tak sanggup kehilangan yang lain.

“Siapa lagi nak berkorban kalau bukan keluarga sendiri. Semoga ukhwah adik beradik semakin kuat.

“Macam mana pun tetap adik beradik. Talian darah kalau ada yang s4kit, kita pun terasa juga.

“Kerana kasih dan sayang dia pada kakak, pada family dia melebihi segalanya. Moga diberi kesembuhan sebaik mungkin buat kedua-duanya,” kata netizen.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar