Hari Terakhir Catat RM19ribu Jualan, Syahmi Tak Kedekut Naikkan Gaji Pekerja- Lubuk Viral

Selepas tiga bulan menjual air balang, akhirnya YouTuber dan pengarah terkenal, Syahmi Sazli terpaksa menamatkan operasi perniagaannya itu hari ini.

Walaupun berjaya memungut RM19,000 hasil jualan pada minggu pertama bulan ketiga operasinya, Syahmi terpaksa menutup sementara perniagaan bersama 15 orang pekerjanya itu atas beberapa faktor antaranya risau terambil parkir hak orang lain.

Melalui satu perkongsian video di Facebooknya, Syahmi terpaksa akur dengan beberapa isu yang tidak dinyatakan dan menamatkan operasi jualan air balang yang pernah tular sebelum ini.

“Selepas dua bulan dan hari ini hari pertama bulan ketiga operasi kita, saya terpkasa tutup buat sementara perniagaan air balang ini.

” Hari ini hasil jualan cecah RM19,000 sepatutnya ada notis penutupan tapi kali ini ia mengejut, pekerja-pekerja saya tidak sempat mencari pekerjaan lain.

“Sebelum ini gaji RM200 ke RM300 seminggu, bonus pun dah kasi. Tapi hari ini saya akan bagi gaji RM1,000 seorang, ” ujar Syahmi.

Menerusi video tersebut juga kelihatan beberapa pekerjanya menangis selepas keputusan penutupan gerai air balang tersebut.

Rata-rata netizan memuji cara layanan baik Syahmi kepada pekerja

“Sebab tu kita kena selalu berdoa untuk jadi orang Islam yang kaya raya, supaya dapat bantu lebih ramai orang. Ini anak muda contoh. Tahniah Mie, semoga terus berjaya di dunia dan akhirat…” komen seorang netizan

Terdahulu, pengarah filem Mael Totey itu membuka khemah jualan air balang pelbagai perisa di hadapan pejabatnya di Kota Bharu, Kelantan.

Perniagaan tersebut kemudiannya tular pada bulan Ramadan lalu dan Syahmi membuat keputusan untuk terus berniaga disamping membantu anak muda yang tiada pekerjaan.

Namun disebabkan beberapa faktor, Syahmi terpaksa akur dan membuat keputusan untuk menamatkan seketika jualan air balang tersebut hari ini.

Risau jika ada terambil hak orang lain, Youtuber terkenal Syahmi Sazli nekad mengakhiri jualan air balang yang diniagakan ketika ini.

Bagi yang mengikuti perkembangan Pengarah Mael Totey The Movie ini, sepanjang bulan Ramadan yang lepas, Syahmi ada menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis air balang. Malah ia sangat laris dan mendapat permintaan yang sangat menggalakkan. Masakan tidak, dalam 3 minggu berniaga, Syahmi mampu mendapat pulangan bersih mencecah lebih RM60,000.

Berhenti Jual Air Balang

Namun demikian, terbaru Syahmi dikatakan mengambil keputusan nekad untuk menghentikan jualan air balang tersebut pada hari Khamis (9 Jun) ini. Ia susulan, gerai air balang tersebut di tepi jalan, penuh sesak dengan orang ramai yang beratur dan mungkin menganggu kawasan jiran setempat, terutamanya berkaitan ‘parking’.

Di samping penjelasan tersebut, pengarah ini juga berharap agar dapat membuka kedai menjual air balang yang lebih besar dan selesa pada masa akan datang.

Sedia Stok Banyak Hari Terakhir

Syahmi juga menjelaskan berusaha menyediakan stok yang banyak pada hari terakhir operasi jualan air balang beliau. Malah demi keadilan bersama bagi yang membeli, beliau hanya menjual dalam cawan berbanding bungkus serta mengutamakan pembeli yang datang berbanding menggunakan khidmat ‘runner’.

kredit: KOSMO! ONLINE.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/