Sakan karaoke dengan peminat, pakaian Hawa Rizwana dikec4m netizen… Akui dah biasa gaya kasual ketika di luar

GARA-GARA berkongsi video sedang berkaroke bersama peminat, penyampai berita Hawa Rizwana menerima kecam4n netizen yang mempersoalkan penampilannya ketika acara tersebut.

Menjawab berkaitan komen-komen yang diberikan, Hawa, 27, berterima kasih atas perhatian yang diberikan dan akan mengambil iktibar terhadap semua tegvran yang diberikan.

“Mungkin orang biasa melihat penampilan saya di kaca televisyen ketika menjadi penyampai berita. Apa yang saya pakai dalam video tersebut adalah gaya kasual sendiri yang biasa saya pakai apabila keluar.

“Terima kasih atas semua komen-komen yang diberikan. Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang.

“Saya juga mohon maaf, jika video tersebut membuat ada mana-mana pihak tersinggung,” katanya ketika dihubungi mStar.

Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang

HAWA RIZWANA

PENYAMPAI BERITA

Menerusi video yang dimuat naik Hawa sebelum itu, bukan sahaja penampilannya dikrit1k, malah aktiviti karaoke juga mendapat kec4man netizen.

Bagi pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini, ada ketika dia juga mahu berkongsi aktiviti peribadi dan tidak hanya berkaitan dengan kerjaya samata-mata.

Apa yang penting baginya adalah setiap perkongsian itu tidak keterlaluan dan bukannya mendatangkan ancam4n kepada orang lain.

hawa rizwana 2

Hawa terima teguran secara terbuka.

“Sebagai manusia biasa saya juga ada hobi sendiri, cuma sebelum ini jarang berkongsi di media sosial. Saya tidak mahu sekadar tunjuk kerja sahaja.

“Apa pun perkara yang saya buat ada batasnya. Saya tidak pernah lupa pesan ibu bapa dan tidak kacau orang lain,” ujarnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar