‘Macamlah Saya Ni Lekeh Sangat’ – Dah Sampai Masa Anas Tahir Nak Cakap Pada Semua Orang – Lubuk Viral

” Dah sampai masa saya nak cakap pada semua orang..”

Itu luahan penyampai radio dan adik kepada penyanyi popular, Faizal Tahir iaitu Anas Tahir yang kcewa dengan sikap segelintir pihak yang suka membandingkan dia dengan abangnya hingga membuatkan kehadirannya seolah-olah tidak dihargai.

Menerusi video di TikTok, Anas mende.dahkan situasi yang kerap dihadapi di mana dia hanya pilihan kedua sekiranya Faizal tidak dapat memenuhi jemputan mereka.

” Saya datang dan hadirkan diri ke majlis, tapi cukuplah bila nampak saya dan nak tangkap gambar, tapi mereka cakap, Faizal tak datang ke?

” Tak ada Faizal pun tak apalah, adik dia pun jadilah. Kasihan tak? Kalau anda? Kasihan tau.

” Ini mungkin bukan isu besar bagi orang, tapi bagi saya macam sudah berbelas tahun perasaan ini rasa kasihannya pada diri sendiri. Selalu fikirkan orang, tapi orang tak fikirkan saya,” katanya.

Anas berkata, kadang-kadang ada yang menghubunginya meminta dia bertanyakan kepada Faizal sama ada abangnya itu boleh membuat persembahan di tempat tertentu.

” Saya cakaplah kena hubungi dia sendiri, pengurusan, pengurus atau pembantu peribadi.

” Katalah mereka dah bagi harga, nanti mereka hubungi saya semula dan cakap, mahallah harga abang awak. Lepas tu saya cakap nak buat macam mana.

” Apa sebab panggil Faizal? Fasal ‘crowd’ (penonton) kan? Sebab ‘crowd’ Faizal memang banyak. Nak gunakan orang tu dengan ‘crowd’ begitu kena bayar mahal.

” Nak bayar murah panggil saya, saya cakap macam tu saja. Tak nak pula,” katanya.

Macamlah saya ni apa sangat, ‘lekeh’ sangat

Anas berkata, apabila Faizal tidak dapat memenuhi jemputan, mereka meminta dia yang datang dan dia tidak ada masalah.

Bagaimanapun, Anas kcewa apabila dia hadir, penganjur pula dalam ucapannya di majlis berkenaan memaklumkan kepada penonton yang mereka sebenarnya mengharapkan Faizal, tetapi kerana Faizal tidak dapat hadir mereka terpaksa menerima kehadiran Anas.

” Saya cuba nak jaga hati dengan hadir walaupun pada asalnya nak jemput Faizal. Nak tolong supaya tak cakap abang saya s0mbong semua, saya datang juga.

” Tapi janganlah keluarkan kata-kata macam tu. Saya kecil hati. Saya cuba jaga hati penganjur, tapi mereka tak. Janganlah sebut dapat adik dia pun jadilah.

” Macamlah saya ni apa sangat, ‘lekeh’ sangat. Kalau saya tak datang kata sombong, saya cuba datang.

” Cuba kalau benda ini jadi pada anda sendiri, apa rasa?” katanya.

Dalam masa sama, Anas menjelaskan, hubungannya dengan Faizal adalah baik.

” Kalau anda berkawan dengan saya semata-mata nak dapakan ‘tiket’ dekat dengan Faizal, lupakanlah.

” Bukan apa, kadang-kadang hubungan kita baik dengan adik-beradik kita, tapi disebabkan mulut orang macam inilah menyebabkan hbungan kita dengan adik-beradik renggang.

” Padahal kami okay saja. Saya dengan abang saya baik saja. Tolonglah buang mentaliti begitu.

” Nak jemput Faizal, Faizal tak dapat datang, ‘mention’ adik dapat datang pun jadilah. Suruh nyanyi lagu Faizal.

” Lepas tu, dah habis nyanyi boleh cakap, suara tak macam Faizal, suara Faizal lagi sedap. Astaghfirullah. Apa masalah anda?” katanya.

Anas pernah mngaku tiada pertalian d4rah dengan Faizal Tahir

Dalam pada itu, kisah Anas yang mengatakan beliau sendiri tidak pernah mengaku yang mempunyai pertalian dar4h dengan Faizal Tahir menjadi topik berita beberapa tahun lalu.

Gambar:Anas sebelum ini merupakan seorang jurutera, namun beralih ke bidang penyampai radio Zayan sejak 2017.

Bagaimanapun Anas berkata hbngan beliau dengan abangnya itu sangat baik dan beliau cuma tidak mahu penglibatannya dalam dunia seni dibayangi populariti abangnya yang merupakan penyanyi terkenal.

” Bagaimana hendak tumpang populariti abang saya, sedangkan saya sendiri tidak pernah mengaku yang kami mempunyai pertalian dar4h.

” Namun, saya tidak boleh lari kerana orang pasti akan bertanya kerana rupa saya ada iras abang saya juga.

” Apa-apa pun terus-terang saya katakan, saya tidak suka dikaitkan atau dikenali sebagai adik kepada Faizal Tahir.

” Bukan sebab kami bergadvh atau apa, cuma saya rasa sedikit tidak selesa.

” Pernah dulu, bila orang tanya adakah saya adik Faizal saya terus beritahu saya anak tunggal dan tidak mengaku penyanyi itu abang saya,” katanya memetik laporan portal AstroGempak.

Pernah bekerja menjual roti di tepi jalan

Dalam pada itu, Anas sebelum ini berkongsi pernah mencuba nasib dalam dunia nyanyian memberitahu tidak sekali-kali menyangka rezekinya berpihak sebagai penyampai radio.

” Saya suka bercakap dan seorang yang peramah, malah sebelum ini saya memang ada juga menyanyi tetapi tidak sehebat Faizal..” katanya lagi.

Kisah Anas juga pernah tular dimana beliau mende.dahkan pernah bekerja menjual roti di tepi jalan selain menjual lampin di atas motosikal dan mengambil upah menggantung banner di tiang lampu.

” Alhamdulillah, walaupun saya melakukan kerja-kerja tersebut, saya masih waras untuk melakukan pekerjaan yang halal.

” Ia memang mencabar buat saya selepas pulang dari pengajian di luar negara.

” Malah saya pernah menangis 3 hari dan pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semata-mata nak tengok kapal terbang tapi masa tu jerebu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Sumber:hmetr0 dan iluminasi

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://thebolalive.com/