‘Takde duit jangan bawa mak bapak makan’ – Viral Peniaga Restoran M4ki Pelanggan. Lokasi Dided4hkan- Lubuk Viral

“Ini kedai saya, saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual!” demikian suara lantang dari pemilik kedai yang ditujukan kepada pelanggan dalam insid3n yang dikatakan berlaku di Melaka.

Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan insid3n yang melibatkan seorang usahawan yang dihal4u keluar oleh pemilik kedai ketika membuat live mempromosikan produknya.

Luah wanita berkenaan, dia sebelumnya ini gemar datang ke restoran tersebut dan kali ini dia membawa keluarganya datang untuk menikmati hidangan di situ. Malangnya, layanan yang diberikan sangat mengejutkan mereka sekeluarga.

“Sedih tau, kita datang nak hantar duit kat orang, tapi layanan yang macam mana mereka balas ni? Family aku datang pukul dua petang, datang tengok lauk kat cermin normal la customer. And tanya lauk ni je yang tinggal kak? Akak kat cermin tu jawab ha ye,” katanya.

“Kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis,” kata pemilik kedai itu yang membuatkan wanita ini terkilan.

“Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound macam tu? Tapi aku ni fikir orang tua hidup pun dah tak lama malas layan, masih lagi order and terus makan sebab aku dah lapar sangat. Kalau betul tak bagi kami makan kat sini, dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik, ‘Maaf dik dh tutup’ atau, ‘Kami tak terima pelangan lagi, maaf’.

“Dari aku masuk sampailah dah bayar dan balik, perkataan maaf langsung tak ada. Sebelum ni dengar viral pasal makcik tu punya mulut, tak kena kat muka kita memang kita ok je, tapi bila dah kena baru tahu. Sakit ! Tak salah pun kena halau, kene m4ki ke! Ni manusia ke apa?

“Dah order, tengah santai menghayati lauk-lauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar, yang aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangnya dia bebel “mengatuss tak habis-habis”. Macam punca hal ni tadi dari family aku. Aku pelik le apa masalah makcik ni ek? Apa salah family aku ni?

“Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, paklong maklong aku dari Singapore tu. Kalau tak aduhai malas cakap ah, lagipun orang tua aku ni malas layan tapi bila apa yang korang dengar video tu memekik-mekik korang rasa?

“Bila mak aku bersuara, anak dia pulak menyampuk makik4n mak aku,” katanya.

Restoran 35, Melaka

Beliau juga menyatakan, bil yang dikenakan ke atas hidangan mereka adalah berjumlah RM240. Pembayaran dibuat tanpa bertanya mengenai caj bagi setiap hidangan tetapi pemilik kedai tersebut masih gigih melemparkan kata-kata biad4p terhadap pelanggannya.

“Dengan apa yang kami makan, bil RM240 dan tanpa tanya-tanya aku bayar jela. Aku rasa bebel radio buruk makcik tu kot sekali kene caj sampai RM240 tu. Kalau betul, kira halalkan. Kalau main tik4m, dunia akhirat aku tak halalk4n. Pandai-pandai le jawab kat sana nanti.

“Ada ke patut makcik tu kata, “Takda hasil le tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawak mak bapak makan’,” kata-kata pemilik kedai itu membuatkan dia benar-benar kesal.

Ujar wanita ini lagi, beliau berasa m4lu dengan sikap dan tindakan pemilik kedai ini yang telah membawa imej burvk kepada negeri tersebut.

“Malu orang luar tengok dan dengar sendiri orang Melaka berniaga nak bagi orang makan dengan cara macam ni. Walaupun orang luar tu dari Singapore sedara-mara aku, aku tetap rasa malu!”

Anda ada restoran tapi pelanggan makin kurang?

Maaf. Simbol-simbol di atas itu anggaplah mewakili pelbagai makian, carvtan dan rasa tidak puas hati pelanggan apabila kunjungan mereka ke restoran anda menerima layanan yang menyakitkan hati.

Bukan hendak dilayan macam raja. Tapi sekurang-kurangnya berinteraksilah dengan adab dan tertib sesama manusia.

Sambutlah kedatangan pelanggan dengan sapaan ringkas yang menyenangkan, pandanglah mata pelanggan ketika mengambil pesanan, senyumlah sikit kalau perlu berpura-pura sekalipun, janganlah ambil mudah aduan pelanggan jangan menyindir atau berlaku biad4b.

Panasnya hati kalau kita semua tidak lagi sedar betapa pentingnya kata-kata seperti ‘terima kasih’, ‘tolong’, ‘sila’, ‘datang lagi’.

Selain itu, antara yang membuatkan pelanggan marah adalah apabila mereka dibiarkan terpinga-pinga di tempat duduk tanpa didatangi pelayan restoran (walaupun sudah angkat tangan setinggi-tingginya, macam budak sekolah yang semangat nak jawab soalan cikgu), tapi tetap tidak dipedulikan.

Sumber: Isu semasa viral, astro awani

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/